Menu Utama

Malaysia di hina sebegitu rupa oleh negara sahabat!

Ibarat kacang lupakan kulit ataupun madu diberi tapi tuba dibalas, mungkin inilah kata-kata perumpamaan yang sesuai kita berikan kepada negara sahabat bangsa serumpun iaitu Indonesia. Adakah kita masih ingat diatas kebijaksanaan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad menangani krisis ekonomi dan matawang pada penghujung tahun 90an dimana, walaupun negara kita sendiri kuat terkena tempiasnya tetapi kita masih berupaya meringankan beban negara-negara sahabat seperti Thailand dan Indonesia dengan memberikan bantuan kewangan kepada mereka sebelum negara-negara tersebut mendapat bantuan dari IMF.

Pun begitu apabila setiap kali negara Indonesia dilanda malapetaka seperti gempa bumi dan juga tsunami, Malaysialah diantara negara pertama yang akan menghulurkan bantuan baik dari segi kewangan ataupun bentuk bantuan kemanusiaan. Walaupun kita pernah diherdik ( helikopter TUDM pernah dibaling batu ketika hendak mendarat semasa menghantar bantuan ) namun atas semangat setiakawan tanpa menghiraukan herdikan itu kita terus menghulurkan bantuan.

Begitu kuat semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia untuk membantu negara sahabat. Ringan sama-sama dijinjing dan berat sama-sama dipikul dan mungkin disebabkan itu lah rakyat Malaysia begitu perihatin setiap kali negara-negara sahabat dilanda musibah dan malapetaka semata-mata tidak sanggup untuk melihat sahabat-sahabat kita menanggung penderitaan . Walaupun kadang-kadang kitapun serba kekurangan, tetapi apabila mengenangkan sahabat kita sedaya-upaya cuba membantu.

Mungkin sudah resam manusia tidak pernah cukup atau bersyukur dengan apa yang diberi dan dibantu! Madu diberi, tapi tuba yang dibalas. Kita tidak pernah mengharapkan sebarang balasan tentang apa sumbangan-sumbangan yang telah diberikan selama ini malah tidak pernah mengungkit satu sen pun segala bantuan yang pernah diberikan, tetapi cukuplah sekadar menghormati kedaulatan negara kita.

Amat sedih dan pilu di bulan kemerdekaan apabila melihat Jalur Gemilang dipijak-pijak dan dibakar sedemikian rupa! Apakah tidak ada langsung rasa bersalah dikalangan rakyat Indonesia yang melakukan perbuatan keji itu? Begitu membuak-buak api kemarahan mereka terhadap negara kita semata-mata dengan penahanan tiga pegawai penguat kuasa KKP mereka diperairan kita. Pada masa yang sama 7 nelayan kita juga ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia. Mungkin kebanyakan mereka tidak tahu akan perkara yang sebenar berlaku, tetapi tindakan mereka “ menghina kedaulatan “ Malaysia tidak dapat diterima sama sekali.

Walaupun dengan semangat setiakawan iaitu hubungan diplomatik baik diantara kerajaan Malaysia dan Indonesia perkara ini sudah dapat diselesaikan dengan baik ,namun sikap segelintir rakyat Indonesia yang masih mahu merusuh dihadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta tidak dapat diterima sama sekali. Dimana kewarasan berfikir segelintir rakyat Indonesia yang melakukan demostrasi di hadapan Kedutaan Malaysia dengan menghumban najis manusia didalam kedutaan dan juga memijak-mijak dan membakar Jalur Gemilang!

Apakah ada tangan-tangan ghaib yang cuba mengeruhkan keadaan dengan melaga-lagakan kedua-dua negara sahabat. Tidak cukup dengan itu malah mereka juga cuba melakukan apa yang dikatakan “ sweeping Malaysia “ iaitu tindakan mengusir rakyat Malaysia yang berada di sana sehingga membuatkan kedutaan Malaysia mengeluarkan amaran berjaga-jaga kepada seluruh rakyat Malaysia. Begitu juga rakyat negara ini yang hendak melancung ke Indonesia! Ini membuatkan rakyat kita disana berada didalam ketakutan.

Hanya dengan penahanan tiga pegawai penguat kuasa KKP Indonesia di perairan Malaysia dan menuduh Malaysia melanggar kedaulatan Indonesia oleh segelintir rakyat mereka hilang kewarasan, tetapi bagaimana pula dengan ratusan ribu malahan mencecah 1 juta rakyat yang menceroboh memasuki negara ini semata-mata hendak mencari rezeki tanpa mempunyai apa-apa dokumen perjalan yang sah! Pernahkah mereka melihat rakyat Malaysia membantah atau melakukan demo apabila melihat begitu ramai rakyat Indonesia yang berada di negara ini secara haram.

Sepertimana yang kita tahu kebanyakan dari mereka masuk ke perairan negara ini secara “ gelap”‘ atau haram melalui tekong-tekong haram. Bukan kah ini juga sudah melanggar kedaulatan negara Malaysia? Disini kita melihat pula bagaimana kewarasan rakyat Malaysia berfikir tanpa mengikut emosi dan kita tidak terikut-ikut untuk bertindak balas! Kerana apa, kerana kita tahu sebagai sebuah negara sahabat serumpun, kita perihatin dengan masalah ekonomi negara sahabat kita dan kita perlu bantu.

Kita cuba membantu setakat yang kita mampu dan kita galakkan mereka memasuki negara ini untuk memenuhi permintaan buruh dan juga sector-sektor perkhidmatan yang lain. Yang mana masuk secara haram, kita melakukan pemutihan supaya mereka ada dokumen perjalanan yang sah semasa berada di sini. Mungkin ini akan mengambil masa apabila melihat ratusan ribu yang masih tidak ada dokumen yang sah, tetapi kita akan lakukan sedikit-demi sedikit.

Walaupun kedatangan mereka-mereka yang secara haram masuk ke sini boleh menambahkan lagi masalah sosial seperti melakukan kerja-kerja yang tidak sepatutnya mereka lakukan seperti merompak, menyamun, membunuh dan lain-lain lagi, namun kes mereka adalah terpencil. Kita yakin dengan kemampuan Polis DiRaja Malaysia, perkara ini dapat diatasi dengan baik.

Cuma yang kita harapkan kepada rakyat Indonesia yang datang mencari rezeki di negara ini tidak kira secara sah dan haram, sebagai ‘ tetamu’ diharap dapat menghormati ‘ tuan rumah’. Dan kepada segelintir rakyat Indonesia yang masih berdemo dihadapan kedutaan Malaysia di Jakarta berfikirlah dengan waras. Jangan terikut-ikut dengan emosi anda.

Carilah musuh sebenar anda dan yang pastinya bukan Malaysia. Ada yang mahu melihat dan melaga-lagakan kedua-dua negara bersahabat dan bangsa serumpun ini. Cukuplah, jangan ada lagi Negara Islam yang bakal akan hancur disebabkan perasaan irihati. Semuanya ini adalah permainan Yahudi yang mahu melihat negara-negara Islam di porak perandakan secara halus. Jangan disebabkan marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Menang menjadi arang, kalah menjadi abu. Fikir-fikirkanlah. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

indon[1].jpg (29 KB)

www.belantan.blogspot.com



(Next News) »



8 Komen to Malaysia di hina sebegitu rupa oleh negara sahabat!

  1. Adamyan says:

    tapi kita kena ingat, orang Indon ni majoriti takde otak…lagi-lagi bila nak raya nih..cuba tanya orang indon yang datang sini, adakah dia bersetuju dengan perbuatan orang yang ada di tanah airnya tu? sudah tentu tidak, kalau tak, depa tak berjuta datang sini cari makan.

  2. UmnoOver says:

    Official dan menteri2 berkaitan perlu mainkan peranan lebih effektif dalam merapatkan perhubungan kedua2 negara.
    Orang sana memang emosional dan suka berdemonstrasi, pasal tu Anwar banyak pengaruhnya di sana, satu kepala lah katakan..
    Sejak kita panggil mereka Indon, besar punya marah. Kata mereka Indon tu menghina. Apa da.. shortform Indonesia pun malu ke.. Lalu mereka panggil kita macam2 termasuk monyet. Pergi la tengok blog2 mereka dalam internet, kalau kutuk orang Malaysia kau2 punya. Sampai nak perang la itu ini..
    Mungkin kita boleh berikan kepada kerajaan mereka statistik pasal betapa menyusahkan PATI dari Indonesia ni. Berapa ramai PATI setiap hari masuk Malaysia, berapa ramai terlibat dalam jenayah setiap hari, berapa kos nak menampung makan minum mereka hari2 kat penjara dan kem2 tahanan (dah lah boleh kata semua pekerja dari sana datang sehelai sepinggang). Berapa ramai maid lari..

    Kecoh betul la Indon ni. Mentang2 negara besar, askar lagi kuat – berlagak nak mampos.

    Mungkin kita kena semak rekod mereka mengenai sempadan sampai mana. Silap2 sampai pantai2 di barat semenanjung. Kalau macam tu memang la mereka claim kita tangkap kat kawasan mereka.

    Mungkin juga Bendera tu pergi upah rakyat sendiri masuk sempadan Malaysia.. lepas tu kena tangkap.. mainkan isu..

  3. ah pek bingai says:

    dari segi tentera kita lagi advanced dari indon…cuma kita kalah dari segi ramainya jumlah askar…kalau indon kata komando kopassus dia no 3 terbaik di dunia…silap..dia no 3 dalam peprangan dlm bandar punya skill, tapi dari segi kemahiran lain tak masuk…

  4. Mohd_Aimel says:

    Jangan beri muka pada Indon ni.

  5. Anak Johor says:

    dulu zaman konfrontasi pun dia dah kecundang lagi nak cuba serang Malaysia le/,nak tawan KL le konon piiiraaaaaaaaaaah lu indon!

  6. daniel noor says:

    Penduduk Indonesia berjumlah sekitar 220 juta. yg bikin demo dan protes hanya 500 org. Justru jgn la kita bikin kesimpulan tergesa2 yg org Indonesia benci pada Malaysia.

    Masaalh sebenr nya seperti berikut. Di Indonesia ada 2 pilihan raya:

    1. Satu utk parti2 politik seperti Demokrat, Golkar, PAN, PDIp,dll
    2. Utk memilih Presiden

    Problem nya, majoriti kerusi yg menang bukan datang nya dari parti politik Presiden SBY sungguh pun beliau menang utk pemilihan Presiden.

    Gara2 itu mereka yg di dalam Majlis Persyarakatan Rakyat (MPR) iaitu Parlimen nya tidak mahu dengar dan tidak mendudung ide2 dan dasar2 Presiden SBY. Malah majoritas nya mahu menjatuhkan Presiden SBY.

    Justru mereka mencari bermacam2 sebab dan alasan utk membuktikan Presiden SBY ini harus turun dari jadi Presiden. Salah satu isu ialah problem antara Malaysia dan Indonesia baru2 ini.

    Ini lah cerita sebenar nya. Dalam dunia ini hanya ada 2 negara yg di mana Presiden nya tidak ada kuasa majoriti di Parlimen. Selaen Indonesia ialah Palestin. itu sebab dua2 negara ini sering manghadapi problem domestik antara mereka

Leave a Reply