Menu Utama

KJ gagal sepenuhnya sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Kapten Hussein, Tun Abdul Razak dan Tun Sardon. Nama-nama inilah yang menjadi pencetus kepada penubuhan penubuhan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Nama-nama ini telah mendapat mandat dari seluruh pemuda Melayu dari segenap ceruk rantau untuk mengetui sebuah sayap UMNO yang kemudiannya digeruni kawan dan lawan. Ketiga-tiga mantan Ketua Pemuda UMNO inilah yang memulakan era kegemilangan Pemuda UMNO untuk bertindak sebagai “kumpulan pendesak” dipersada politik negara. Mungkin KJ tidak kenal mereka ini dan tidak tahu menahu tentang sejarah tokoh Pemuda UMNO terbilang ini. Maklumlah, tokoh bertiga ini hanya menyandang jawatan KJ di zaman sebelum Malaya merdeka.

Kemudian, nama-nama seperti Tan Sri Senu Abdul Rahman, Dato’ Harun Idris, Tan Sri Jaafar Albar, Dato’ Suhaimi Kamaruddin,  Dato’ Seri Anwar Ibrahim (sekarang lebih dikenali sebagai “si kitul” atau “al-jub”), Dato’ Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Rahim Tamby Chik, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Dato’ Seri Hisyamuddin Tun Hussien. Nama-nama ini mewarnai kem Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia selepas era menuntut kemerdekaan.

Nama-nama yang penulis sebut di atas begitu signifikan dan berkesan sekali di era kepimpinan masing-masing mengetuai Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, benteng keras yang menjadi faktor pendesak yang jitu. Begitu kukuh, ditakuti, disegani dan dihormati oleh semua golongan sama ada pihak Barisan Nasional (Perikatan) ataupun pihak pembangkang.

Sejarah dan fakta membuktikan kemahuan yang ditonjolkan sebagai kumpulan “pendesak”. Pemuda UMNO ketika itu tidak takut getir payah untuk muncul sebagai pendesak utama dalam pelbagai isu. Kerajaan juga selalu “pening kepala” akibat tindakan dan desakan Pemuda UMNO ini dahulu. Adakalanya Pemuda UMNO “menang” dan adakalanya Pemuda terpaksa akur dengan keputusan kerajaan. Itu pun setelah puas diyakinkan oleh pihak kerajaan, barulah mereka mengalah. Jika tidak, jangan harap mereka mengundur langkah. Kuda-kuda Pemuda UMNO ketika itu kukuh terpasak di bumi betuah ini.

KJ mungkin tidak pernah tahu sejarah Pemuda UMNO Malaysia. KJ mungkin tidak tahu bahawa slogan “hidup Melayu” pernah berjaya diubah oleh Pemuda UMNO kepada slogan “Merdeka!”. Mungkin KJ tidak tahu bagaimana Tan Sri Senu mendesak agar “sahabat baik” KJ iaitu Lee Kuan Yew diambil tindakan oleh Tunku Abdul Rahman. KJ mungkin tidak pernah mahu ambil tahu tentang Dato’ Harun Idris yang berani masuk penjara demi memelihara maruah bangsa Melayu suatu ketika dahulu. KJ mungkin tidak tahu bahawa Dato’ Harunlah yang bertanggungjawab memujuk “musuh politik”nya, Tun Dr. Mahathir, untuk kembali menyertai UMNO.

Pernahkah KJ mendengar tentang “Pemuda Kumpulan Halia” yang diilhamkan oleh Tan Sri Syed Jaafar Albar? Tahukah KJ bahawa Syed Jaafar Albar ini pernah membuktikan pembabitan beberapa tokoh politik pro kerajaan yang terlibat dengan fahaman Komunis? Kenalkah KJ kepada Dato’ Suhaimi Kamaruddin? Dato’ Suhaimi pernah menjawat Timbalan Menteri Pertanian dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Namun, Dato’ Suhaimi ini hanyalah seorang individu yang “low profile” berbanding KJ yang gah dengan T-shirt ketat berjenama mahal “ala-ala metroseksual”nya. Manalah KJ kenal orang yang tidak se”glamour” dirinya!

Ya! Tentu KJ kenal benar dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang merupakan “mentor”nya. Pemuda UMNO dibawah Anwar, tidak kurang hebatnya. Dengan jolokan “anak emas” kepada Tun Dr. Mahathir ketika itu, Anwar sangat berjaya dalam mendominasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. “Pemuda Era Wawasan” di zaman Anwar berjaya mengungguli pelbagai isu terutamanya isu-isu semasa. Teruk juga PAS dan DAP di”belasah” Anwar!

Kemudian ialah giliran Dato’ Seri Najib Tun Razak pula mengambil alih kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia. Tidak dapat dipertikaikan, kehebatan Dato’ Seri Najib mengetuai kepimpinan Pemuda UMNO jauh lebih hebat lagi dari Anwar. Jika tidak, masakan kini Dato’ Seri  Najib berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 berbanding Anwar yang terus berangan-angan! Slogan “Pemuda Berakar Teguh Berakal Canggih” begitu kena dengan era kepimpinan Najib di mana beliau memperkenalkan “Wira Waja” dan “Majlis Dialog Malindo”. Tahukah KJ tentang semua ini?

Rahim Tamby Chik mengambil alih jawatan Ketua Pemuda UMNO ketika Pemuda UMNO berada ditahap yang cukup membanggakan bangsa Melayu. Namun, di atas satu insiden yang membabitkan tuduhan peribadi kepada Rahim Tamby Chik, maka secara “gentleman”, beliau mengundur diri. Lalu kekosongan jawatan itu diambil pula oleh Dato’ Seri Zahid Hamidi. Zahid ketika itu juga agak vokal. Zahid aktif menangkis dan menyerang Lee Kuan Yew yang menuduh negeri Johor dengan pusat jenayah yang mengancam Singapura. Namun, selepas Anwar dipecat dari UMNO dan Kerajaan, Zahid Hamidi membuat keputusan untuk meletak jawatannya. Mungkin sebagai tanda protesnya terhadap insiden pemecatan itu. Namun begitulah prinsip pegangan seorang Pemuda Melayu, hatinya keras dan utuh dengan kepercayaannya. Zahid akhirnya akur dengan kegiatan “gelap” Anwar dan mula “memutihkan” kembali hatinya yang kelam memakan budi seorang “peliwat”!

Dato’ Seri Hisyamuddin Tun Hussien telah menjadi Ketua Pemuda UMNO yang ke-12, selepas Zahid Hamidi. Ketika ini, Pemuda UMNO Malaysia kelihatan agak “goyah” dengan insiden “cium keris, minta maaf”. Pemuda UMNO Malaysia di zaman Hisyamuddin agak “lembik” dan imej sebagai “pendesak” agak tergugat. Tindakan Hisyamuddin mencium keris dan kemudiannya “meminta maaf” sukar dimaafkan oleh pemuda Melayu dan majoriti bangsa Melayu. Salahkah mencium keris di majlis sendiri? Lainlah jika menghunus keris dan mengamuk di Petaling Street!

Dan..tibalah saat KJ mengambil alih Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Kemenangan KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO disambut dengan gemuruh sorakan padu yang menjerit “KJ..rasuah! KJ..rasuah! KJ..rasuah!”. Masih terngiang-ngiang sorakan “gembira” itu ditelinga penulis. Terdahulunya, imej KJ di mata akar umbi begitu “suci” sekali. Pencalonan di peringkat bahagian membuktikan bahawa KJ bukanlah pilihan akar umbi. Namun dengan kuasa Allah, suara akar umbi itu telah dikhianati oleh perwakilan mereka sendiri dengan sumber kewangan dari KJ yang melimpah ruah sehingga ke Sabah! Akibat timbunan wang yang mampu “menggelapkan mata” perwakilan, maka KJ menang. Walaupun KJ di dapati bersalah, namun dia terlepas. Mungkin kerana status “menantu”nya kepada Presiden yang sedang “tidur” di atas pentas Perhimpunan!

Apa yang hebatnya Pemuda UMNO di era kepimpinan KJ ini? KJ menang Ketua Pemuda UMNO Malaysia, namun dia tidak dilantik menganggotai kabinet kerajaan. Malah “yang kalah” pula yang dilantik? Kenapa KJ diperlakukan sedemikian? Dimana silapnya? Tentu KJ menggunakan modal “kasihanilah dirinya” dan menjaja diri dari satu negeri ke satu negeri. KJ juga pernah ditempelak dan didesak oleh exco-exconya untuk meletak jawatan. Kenapa jadi begitu? Bukankah KJ begitu “besar” di mata Pak Lah mantan PM itu meletak jawatan dan meneruskan “mimpi indah”nya?

Jawapannya ada pada KJ sendiri. Tepuk dada, tanya sejarah dirinya sendiri. Siapa KJ sebelum Pak Lah menjadi PM? Apa pula yang dibuat oleh KJ ketika menjawat jawatan Pegawai Khas kepada Pak Lah? Apa yang terjadi kepada ECM Libra? Siapa mentornya? Kenapa sikapnya begitu kurang ajar sekali kepada Tun Dr. Mahathir? Berapa billion RM yang telah di”rompak” dari Kerajaan dan rakyat? Bagaimana KJ memeras kontraktor bumiputera kelas F? Bagaimana “takbur”nya yang mengidam mahu menjadi Perdana Menteri seawal usia 40 tahun? Dan yang paling besar, bagaimana aksinya sebagai di antara faktor utama kekalahan Barisan Nasional pada PRU-12 yang lalu? Semuanya KJ kena tanya dirinya.

Apakah pencapaian KJ sebagai Ketua Pemuda yang boleh dibanggakan olah bangsa Melayu. Apa isu yang dijuarainya selain dari meniru budaya Anwar Ibrahim yang berkejaran berdemo ke sana ke mari. KJ menggelar orang lain sebagai “beruk”, sedangkan dirinya sendiri bersifat lebih teruk dari “beruk”. Cuba senaraikan apa jasanya kepada bangsa Melayu yang semakin merempat di bumi sendiri. Ketika Islam, bangsa Melayu dan Tanah Melayu ini di “serang” secara subversif oleh bangsa bukan bumiputera, dimanakah Khairi Jamaluddin bin Abu Bakar?

KJ sepatutnya belajar dari pengalaman mantan-mantan Ketua Pemuda sebelumnya. KJ sepatutnya menghayati semangat Melayu yang sepatutnya mengalir dalam darahnya. KJ bagaikan seorang Ketua Pemuda yang “tidak pernah tumbuh gigi”, apatah lagi mahu bertaring! Sebaliknya, KJ lebih selesa terperuk dibawah celah ketiak “omak”nya. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bagaikan “lumpuh” sepenuhnya di semua negeri. Pemuda Melayu bagai kehilangan arah dan mula memilih untuk menyertai parti pembangkang yang lebih aggresif walaupun mereka yang bermodalkan “penipuan demi penipuan” terhadap rakyat. Entah dimana letaknya “otak Oxford”nya itu? Yang boleh di ambil kesimpulannya ialah “Khairy Jamaludin gagal dalam peranannya sebagai Ketua Pergerakan UMNO Malaysia”. KJ yang paling lembik dan harus meletak jawatan segera jika punya “harga diri”. KJ menang Ketua Pemuda, namun kalah dalam serba serbi yang lain. Noktah!






22 Komen to KJ gagal sepenuhnya sebagai Ketua Pemuda UMNO.

  1. Kamal_Azlan says:

    Paling pondan lebih sesuai ayatnya.

  2. serling says:

    Punya sebab gundah
    Laluan KJ jadi susah
    Jawatan menteri tulah
    Hingga kini tergelabah

    UMNO bukan individu
    Teras juangkan melayu
    Kaum lain jadikan regu
    Semua warga arah satu

    KJ bersifat satu individu
    Kecapaian jadi KP tepu
    Pemuda dilihat tak padu
    KJ undur jangan tunggu

    Eloklah ikut jejak pak lah
    Segera najib gerak arah
    Sebaik KJ tunai madah
    KP yang baru terserlah

  3. randomsee says:

    itulah akibatnya kalau merasakan diri layak untuk menjawat jawatan keramat Ketua Pemuda UMNO…dah la tak berjiwa melayu…lembik pengampu dan longlai…buat masa ini sesiapa mengaku jadi pemuda UMNO akan di’boo’…malu lah, ketua pemuda mengutamakan bangsa cina komunis dari bangsanya sendiri….

  4. cranell says:

    kj naik pun atas kapisity rasuah!! layak kah dia memimpin!!! sekarang pemuda mana ada respeck kat si perasuah ini……..

  5. baba says:

    kj……no words…..DISASTER to Umno.

  6. Adamyan says:

    KJ nak sangat jadi KP UMNO tu sebab nak kelangsungannya dalam politik berterusan, bukannya dia nak sangat berkhidmat kepada UMNO..skang pun kita dapat tgk berapa kali saja KJ bercakap bagi pihak Pemuda UMNO dibanding jawatan lantikan automatik sebagai Pengerusi Pemuda BN

  7. kingnek says:

    KJ=the best UMNO youth leader . . . .for me to poop on! Bingai punya KJ, asal dia tak mampus lagi, perasuah haram, sepatutnya Mukhriz yang menang hari tu

  8. IslamCountry says:

    eleh orang umno yang pilih kj …bodoh betul.
    nak tegur badawi pun tak berani.
    aku respek dgn mukhriz.

  9. cranell says:

    kahkahakhak badawi dah kena terajang dah…. ko duk kat mana wei kahkahak.
    kami bukan macam pas anggap pemimpin maksum tak boleh ditegur segala perbuatan mereka betul …. pak lah tak betul kami bersuara tengok jadi pM pun satu penggal saja.. KJ nie tak lama lagi ja esok lusa dia keluar join anwar juga… sekarang nie pun PM dah tak perdulikan dia .

  10. randomsee says:

    agaknya ada lagi orang nak mengampu KJ? aku tengok media pro pembangkang sahaja yang puji melangit manusia bernama KJ ini dikatakn liberal dan berfikiran moden…bila kes binawee ni meletup kembali..dikatakan melayu tak bersatu…bukan dulu dia yang menjaja binawee hanya seorang pemuda yang kreatif dan meluahkan perasaan sahaja…hahahaha bangsat lu la KJ

  11. tukul says:

    tak dapek den nak nolong ha….motong gotah lagi baiek

  12. matahati says:

    Itulah dulu mukhriz dgn khir toyo taknak pakat sama-sama…..
    Apalah salahnya kalau salah sorang tarik diri utk mengalahkan kj (KoJol) ni….
    Ni tidak semuanya tamak nak jadi KPU…
    Padan muka semuanya….eh…eh…eh…
    Sendri tanggung la deiii….
    SEPAKAT MEMBAWA BERKAT dok gitu?

    • madirPencen says:

      apa pulak
      khir toyo lagi perasuah besar..
      mukhriz pn sama 2 x 5
      sebenarnya….
      UMNO tu sendiri yang dah rosak..
      tak boleh nak buat pa..
      nazak sangat….

      percayalah siapa pun yg pimpin parti perkauman ni..
      tak boleh nak ubah apa2..
      umpama tikus membaiki labu….

  13. MHI says:

    bagus juga KJ ni berpeluang jadi KP.. boleh tngok jantan ke tak menantu PakLah ni..

    Mukhriz dan KT dah tau pemilihan akan datang terbuka kepada ahli UMNO.. pakat sama2 tengok gelagat KJ saja diorangni..

  14. Gen2FeldaJohor says:

    buat usul tergempar adakan pemilihan semula dengan persetujuan 2/3 dari wakil naib ketua dan sebagainya tak kiralah apa2 pun yg.penting adakan pemilihan semula segera.

  15. matihidupmelayu says:

    Sememangnya Pemuda dah lembik sejak Hishamuddin lagi.Kalau Pemuda berani tak kan bangsa lain berani bercakap lebih. Lebih baik bubarkan saja sayap yang lembik ni kita bagi can Puteri tunjuk belang pula. Ada Pemuda pun menyusahkan Parti saja. Taada faedah selain dok cari peluang nak kaya cepat.
    Kalau nak ukur pencapaian KJ, matihidupmelayu juga nak minta UMNO ukur pencapaian menteri UMNO yang lain. Nak ukur tengok apa jasa mereka kepada bangsa melayu.Apa yang menonjol sangat perjuangan mereka sehingga bergelar menteri..Kita mulakan dengan Hishamuddin..jasa ketaranya mencabut keris dan minta maaf…

    • abu says:

      aku sokong 100%, aku ingat lagi masa Dato Sri Hishamudin tunjuk
      keris masa perhimpunan agong UMNO
      lpas kene belasah masa PRU12, trus dia mintak maaf

      aku ingat gak lagi masa dia nangis salam cium tangan Tun Mahadir

      dan aku ingat gak lagi masa dia angakat KJ jadi Tim Ketua Pemuda
      dia ckap kat “Pak Lah jangan campur ini urusan pemuda”

      KJ ni dah kira ok apa, Bos UMNO je tak nampak
      cuba lah kasi sekali dia pegang jadi Menteri penuh
      barulah boleh sukat kemampuan sebenar dia
      tak gitu

      • tubir says:

        Saya setuju dengan pandangan sdr abu ,memang pemuda umno telah lemah dari zaman hisham lagi.Dan sekarang ini diwarisi oleh KJ pula…dan semakin lemah dan tidak tentu arah tujuan .KJ bukan lagi ketua pemuda umno pada dasarnya ….beliau sebenarnya terperangkap didalam dunia halimunan……….kalau kita melihat secara halus ketua umno sendiri bergerak pada arah sendiri………tidak pada sebagai satu pasukan ………presdin umno sendiri tiada arah tujuan kemana hendak dibawa oran orang melayu di masa 20 tahun akan datang.Tugas beliauu sebaai PM sedikit sebanyak menghalang untuk membangunkan dan memperjuangkan serta mempertahankan hak hak melayu .Beliau mesti mengakuainya dan jangan berselindung disebalik idea 1 malaysia ….yang sukar difahami ….kerana sentiasa berubah ubah akan konsep dan insperasi nya .Orang orang melayu sendiri keliru serta tidak tahu apa yang sebenarny tujuan Najib ini.Seolah olah najib bergerak berseorangan ………Ditangan najiblah masadepan orang orang melayu keseluruhanya berharap ……..kalau beliau hanya berektorik dan tiada yang jelas beliau akan hilang sokonan drp orang orang melayu amnya ….Najib bukan saj untuk orang orang umno ……tapi untuk semua melayu dimalaysia ini .Sama juga dengan KJ beliau tidak mempunyaai titik asas perjuangan yang hendak dibawa untuk pemuda pemuda …..Bukan hanya untuk golonan pemuda umno semata mata …kj sepatutnya bergerak lebih agrisif membawa aliran untuk disenangi oleh segenap lapisan orang orang muda diluar sini ……Pemuda harapan bangsa ….bukan hanya pemuda umno harapan bangsa ……..Buat apa berdakwah pada orang orang umno sendiri ….bergeraklah diluar lingkungan …..mainkan dan bawalah isu isu yang lenih negara serta serta bangsa ……perjuangkan hak hak pemuda keseluruhan……bangunkan pemuda serta belia belia dinegara ini ….dengan cara ini nanti berduyun duyun pemuda akan kembali menyokong kerajaan…..kenali masalah mereka …….kenali kemahuan mereka ……kenali isi hati mereka ……..bukan mengutuk serta memperlekih serta memandang serong.KJ mesti bangun dan bangun berjuang berjuang …..tunjukan pada PM siapa KJ siapa pemuda sebenarnya ……Bukan mengampu bodek……bukan berselindung disebalik nama keluaraga……Tun razak,tun husin on.tun Mahathir dan tun abdullah ….Anda adalah pemuda yang berdiri dilapangan anda sendiri …..Anda adalah juara ……

  16. man says:

    kalo kj rasuah…maknanya perwakilan pemuda pon rasuah jugak (makan rasuah)..
    la…memang suma tu nak kena dbersihkan dalam umno..dah rosak..
    ahli yg sayang umno kena ingat ini…

Leave a Reply