Menu Utama

KJ akan dapat jawatan selepas Hari Raya?

Tidak henti-henti lagi usaha Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, melobi diri “menyalak” ke sana ke sini memohon simpati untuk diberikan “jawatan Kabinet”. Dia tidak akan berhenti mendesak pucuk pimpinan, terutamanya Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk memberikannya jawatan “menteri” atau ” timbalan menteri”.

Itulah kerja Khairy Jamaluddin semenjak menang sebagai Ketua Pemuda UMNO di Pemilihan Agung UMNO yang lepas. Tanpa segan silu, Khairi pernah meminta simpati dari Ketua-Ketua Pemuda yang pernah “termakan budi” dan “telah mengundinya” dahulu untuk turut sama mendesak agar dirinya diberikan jawatan. Tidak cukup dengan itu, dia turut menggunakan “talian hayat” Naib Presiden UMNO yang sememangnya pro-Pak Lah untuk mendapatkan jawatan.

Malangnya segala usahanya sejak bergelar Ketua Pemuda UMNO itu gagal sama sekali. Pernah dia mengaturkan pertemuan dengan Perdana Menteri untuk melobi jawatan, namun masih juga gagal. Dikhabarkan oleh kawan-kawan, Khairi sangat sedih diperlakukan begitu oleh pucuk pimpinan dan mengadu diri pada “omak”nya. Entah betul, entah tidak cerita itu hanya Allah, KJ dan “omak”nya saja yang tahu…

Terbaru, penulis mendapat tahu bahawa Saudara Khairy kita ini akan diberikan “jawatan” selepas Hari Raya Aidilfiri ini. Sebelum ini, sumber ada memberitahu penulis bahawa Khairy turut lagi mempergunakan Pak Lah untuk melobinya mendapatkan jawatan kabinet. Dikhabarkan Pak Lah juga ada menghantar seseorang bertemu Perdana Menteri meminta agar menantunya ini diberikan jawatan di dalam jema’ah kabinet…

Iyalah, siapa yang tak tersinggung melihat “lawannya yang kalah” pada pemilihan Ketua Pemuda UMNO pun terpilih menganggotai kabinet. Kenapa pula dia yang “menang” dan berjawatan Ketua Pemuda UMNO ini di”anak tiri”kan?

“Mengapa KJ tidak diberikan jawatan Kabinet?”. Persoalan  ini sangat mudah dijawab oleh semua rakyat, terutamanya penyokong “Pemuda Berani” dan “Pemuda Berani Berubah”. Sangat mudah! Namun, persoalan ini juga sangat payah dijawab oleh KJ dan penyokong “Pemuda Setiakawan”nya. KJ dan Pemuda Setiakawan “gagal” mencari jawapan untuk menjawab persoalan ini.

Penulis bukanlah penyokong “Pemuda Berani”, penyokong “Pemuda Berani Berubah” mahupun penyokong “Pemuda Setiakawan”. Namun penulis menegaskan di sini bahawa penulis hanyalah penyokong UMNO. Penulis seboleh mungkin menolak sokongan kepada individu kerana ini boleh merosakkan perjuangan asal UMNO. Namun, penulis tidak menolak untuk menyokong pemimpin yang benar-benar berjuang demi Islam, Bangsa Melayu dan Tanah Melayu. Tidak kira siapa, Ibrahim Ali pun penulis sokong! Itu pun jika “Tok Him” benar-benar berjuang untuk Islam, Melayu dan Tanah Melayu lah…

Khairy sepatutnya menilai prestasinya sebagai Ketua Pemuda Pergerakan  UMNO. Apakah “jasa”nya selama bergelar Ketua Pemuda UMNO ini? Dimanakah tahap KPInya memegang jawatan tertinggi Pemuda UMNO Malaysia ini? Apakah Pemuda UMNO dapat menggarap sebanyak mungkin pemuda-pemuda di seluruh negara untuk menyertainya? Apakah fungsi utama Pemuda UMNO sebagai “kumpulan pendesak” berjaya dibuktikan oleh KJ dan konco-konconya? Banyak lagi persoalan yang perlu KJ tanya pada diri sendiri…

Apakah Khairy layak bergelar “Ketua Pemuda UMNO”? Apakah dia mendapatkan jawatan itu secara “bersih”? Jika benar “bersih”, mengapa ada sorakan “KJ rasuah! KJ rasuah!” ketika diumumkan sebagai pemenang jawatan itu? Mengapa pula Jawatankuasa Disiplin UMNO mendapati bahawa dia bersalah dalam siasatan “peraturan kempen” ketika pemilihan? Apa “salah” yang dimaksudkan oleh Jawatankuasa itu?

Khairi perlu “flashback” kembali sejarah dirinya menceburi bidang politik. Khairi perlu imbas kembali bagaimana kerosakan dan kemusnahan yang dibawanya ke dalam UMNO ketika bapa mertuanya bergelar Perdana Menteri. KJ perlu kenang kembali perbuatannya mengaut projek-projek, skandal ECM Libra dan penjualan MV Augusta (penulis hanya menulis 2 skandal sahaja, dikhabarkan banyak lagi skandal yang melibatkan KJ). Khairy perlu menilai diri sendiri perbuatannya dan “geng tingkat 4) yang “menapis calon BN” pada PRU-12 yang lalu sehingga BN kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen dan kehilangan 5 negeri + Wilayah Persekutuan. Banyak lagi yang perlu KJ fikirkan tentang sejarahnya…

Dengan prestasi KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO ini, apakah dia fikir dia layak menjawat jawatan “kabinet”? Dengan sejarah KJ yang dipenuhi dengan kurap, panau, kudis dan sopak, apakah KJ fikir dirinya layak mengendalikan sebuah “kementerian”? Apakah KJ fikir jawatan Ketua Pemuda itu adalah satu “tiket” untuk memegang jawatan di dalam kabinet Malaysia? Sedangkan jawatan Ketua Pemuda UMNO sendiri pun KJ tidak layak, apatah lagi jawatan di dalam kabinet!

Penulis bukanlah menghalang Perdana Menteri mahupun pucuk pimpinan lain untuk memberikan jawatan kepada saudara Khairy Jamaluddin. Penulis cuma mahu mengingatkan semua pucuk pimpinan bahawa “melantik KJ menjawat salah satu jawatan kabinet (mahupun sebagai Timbalan Menteri), adalah perbuatan menggali kubur untuk UMNO/BN”! Lantiklah budak “Oxford” itu jika mahu “Tsunami politik Malaysia” berlaku untuk kali ke-2!

Penulis bukanlah cuba mengugut mana-mana pihak. Penulis hanya menyampaikan “kata akar umbi”. Itu saja. Terserahlah pada keputusan pucuk pimpinan. Penulis mengingatkan bahawa tidak mungkin penulis akan menyokong Zahid Hamidi lagi kerana Naib Presiden UMNO ini pernah berkata akan melantik KJ sebagai menteri sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri. Penulis bukan bencikan Zahid atau KJ, namun penulis nampak sangat “bangang”nya jika melantik “orang yang tidak layak” menjadi pemimpin negara.

Kepada Dato’ Seri Najib, penulis tidak menghalang sama sekali Perdana Menteri untuk membuat keputusan memberikan jawatan kepada Khairi Jamaluddin. Cuma, jika Dato’ Seri mahu juga memberikan “jawatan” kepada KJ, berikanlah saja jawatan “jaga tandas” kepadanya. Itupun kena juga berhati-hati, takut-takut dijual pula tandas itu kepada orang. Haru Dato’ Seri..!!!



« (Previous News)



11 Komen to KJ akan dapat jawatan selepas Hari Raya?

  1. AnakKedah says:

    ehhe..lawak2..
    menteri jaga tandas..
    blh buat untung jg tu..
    byk jugak ‘sejarah’ abg KJ ni no..

    sejarah dgn Mayam karim al-duyong tu betui ka dak? hehe..

  2. MenantuOrgFelda says:

    nampak macam mustahil je, PM belum hilang akal lagi nak letak malaun ni dalam kabinetnya…nampak pun macam tak layak untuk duduk dalam kabinet..kalau nak bagi, dulu lagi dah bagi dah…

  3. noharin says:

    Kalau Dato’ Sri Najib berani melantik KJ sebagai menteri/timbalan menteri aku jamin UMNO/BN akan terkubur dalam PRU 13 kelak !!!

  4. Kamal_Azlan says:

    UMNO harus dibersihkan dari anasir-anasir Melayu liberal, Melayu alat dan subversif.

  5. raplahjingaa says:

    Entahlah….mungkin jugak….dalam certain hal Najib pun tak nampak cerdik…nampak jugak macam Najib cuma mendengar nasihat orang-orang kuatnya…..kesalahan yang sama jugak di buat oleh Pak Lah mat tidoq kita satu masa dulu…..harap-harap Najib tak terjebak sama…

  6. ayat last skali tue mmg power…jaga ye tandas2 sume..hihihi

  7. Khahar Muzafar says:

    Datuk Najib boleh menilai sendiri dan boleh menduga sendiri apa yang akan berlaku dan apa implikasi-implikasi yang akan berlaku sekiranya KJ di lantik dalam mana-mana jawatan Kerajaan. Jasi Lu fikirlah sendiri

  8. Zuli says:

    Harap2 la tak benar…kalau terjadi jugak, terpaksa la jugak saya kembali sibuk menaip artikel sana sini seperti waktu mendesak pak lah letak jawatan PM dulu…saya dah penat dulu dan harap takkan berulang lagi.

  9. rimau jantan says:

    KJ memang sah tak layak jadi menteri apatah lagi jadi timbalan menteri. Kena belajar lagi tu!!. Kalau nak jadi menteri tak payah minta minta walaupun ada tiket pegang ketua Pemuda UMNO. Pilah!!!!. Dalam pemuda baru setahun jagung dsah nak jadi menteri, kok kok nanti jadi macam Anwar Ibrahim. Naik mendadak, tak sampai puncak tergelincir, akhirnya memakan diri!!!! Heheheheheh gelihati aku tengok Nuar tu!. Bagus juga PM tak layan walaupun Pak Lah slow talk kat Najib. Suruh KJ buat banyak aktiviti yang menyokong kepimpinan Najib. Kini baru pegang Ketua Pemuda UMNO dah heboh nak jadi menteri…..Heheheheheh!. Bodoh betul budak ni!!!!

  10. tukul says:

    jago jamban sambil jual lomang..he..he

Leave a Reply