Menu Utama

Ketua Pemuda UMNO Selangor Kurang Ajar

Tidak pernah dalam sejarah perjuangan UMNO Selangor mempunyai satu barisan kepimpinan Pemuda yang sangat lemah, naif dan kurang ajar. Sudah banyak diperkatakan kelesuan dan kegagalan Pemuda UMNO Selangor menjadi satu penggerak perubahan dan benteng hadapan parti.

Semalam di Majlis Hari Raya UMNO Selangor bersama rakyat Selangor di Seksyen 20 Shah Alam lebih 20 ribu orang hadir. Namun Ketua Pemuda UMNO Selangor, Suhaimi Ghazali (Sepang), Naib Ketua Pemuda UMNO Selangor, Zainuri Dato zakaria (klang), Bendahari Pemuda UMNO Selangor, Abd Samad Dawood (Sabak Bernam) dan Ketua Pemuda Puchong Azmir Yuzaimi Mohd Yunos tidak hadir.

Anehnya, kesemua mereka merupakan orang kuat Ketua Pemuda UMNO Malaysia di Selangor. Mereka di kenali sebagai tukang kempen Khairy Jamaluddin di Selangor semasa pemilihan Pemuda dahulu. Justeru apabila menang mereka ini diberi jawatan oleh Khairy biarpun tidak mendapat restu majoriti Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Selangor. Azmir pada mulanya diberi jawatan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri namun setelah lebih setahun ia gagal berfungsi sama sekali. Akhirnya, Pengurusan UMNO Selangor mengarahkan agar beliau ditukar kepada Ketua Pemuda Ampang Safarizul Mustafa.

Biarpun Suhaimi telah diketahui umum tidak efektif dan gagal memimpin Pemuda UMNO Selangor sejak dua tahun lalu, Khairy masih mahu mengekalkannya. Mungkin ini merupakan sabotaj terbesar Khairy dalam memastikan UMNO di Selangor tidak dapat berfungsi sepenuhnya.

Ketidakhadiran ke semua penyokong Khairy Jamaluddin dalam program ini menimbulkan tanda tanya apakah Ketua Pemuda UMNO Malaysia ini bersedia untuk mensabotaj parti seperti mana tekad beliau untuk keluar parti jika ahli UMNO terus menyokong Perkasa?

Soalnya bersediakah Pengurusan UMNO Selangor mengambil tindakan keras terhadap kelima-lima budak hitam ini? Apakah mereka mempunyai alasan kukuh untuk tidak hadir majlis semalam jika hampir kesemua ADUN dan Ahli parlimen yang jauh lebih sibuk daripada mereka dapat hadir?

Lebih daripada itu, sukar untuk kita menerima ketidakhadiran kelima-lima budak Khairy ini merupakan sesuatu yang tidak disengajakan.

Mungkin benarlah seperti komen seorang pemimpin UMNO Bahagian mengenai Suhaimi semalam, “Apa diharap kepada orang yang menutup bilik gerakan dan membakar bendera UMNO apabila beliau tidak terpilih sebagai calon DUN Dengkil dalam pilihan raya 2008.”



« (Previous News)



32 Komen to Ketua Pemuda UMNO Selangor Kurang Ajar

  1. budakhitamharusDiBuang says:

    masih ada hati lagi ke DSN nak menyimpan mereka sebagai pemimpin UMNO selangor, elok rasanya mereka ini dibuang dengan kata lebih baik…dipecat

  2. randomsee says:

    dah terlebih kurang ajar, camana presiden Parti merangkap pengerusi badan perhubungan UMNO selangor boleh hadir, sedangkan beruk2 yang tak berjawatan ini tak mampu hadir…dah la plak tu mereka ini tergolong dalam geng perasuah bernama KJ beruk hitam…

    sudah sampainya UMNO selangor ajar mereka ini menjadi ahli yang baik atau buang sahaja ketua pemuda yang hanya mementingkan diri sendiri…berambus kalian dari UMNO

  3. HamPAS Nyoir says:

    elok jugak beruk2 seruhan KJ ni di pecat dari Umno daripada menjadi liabiliti kepada umno

  4. MenantuOrgFelda says:

    biasalah, ketuanya sabotuer, anak buahnya pun sama jugalah..dikalangan 20 ribu orang, 4 orang tak datang, pada mata kasarnya tidak nampak ada apa kaitan…tapi bila 4 ini diketahui berkaitan antara satu sama lain, maka ia jadi berkaitanlah..

  5. Mohd_Aimel says:

    Anak buah ni mesti ikut pemimpin dia. Kalau pemimpin perangai beruk, mesti anak buah lebih teruk dari beruk.

  6. Siamang Gagap says:

    Alhamdullilah, ramai yang hadir. apalah sangat nak diharap kepada KP UMNO Negeri. Jika KP UMNO Bahagian sendiri pun sudah hilang kepercayaan kepada beliau. Suheimi tak datang sebab inilah masanya untuk beliau mengira duit hasil dari kecurian pasir semasa beliau menjadi adun.

  7. Budak Kg Idaman says:

    Ni la orang orang yg telah membuat orang melayu meluat…contoh Si Zainuri tu orang kampung saya…di klang…tak pernah ada nampak di kg Idaman yg ada cuma Istana arwah…hai tak tahu la…saya sayang UMNO tapi org UMNO kena sedar dan reject ‘pemimpin’ palsu ini.

  8. Kamaluddin says:

    Bila lah diorang ni nak sedar. Dah jadi pembangkang pun masih rasa selesa macam memerintah negeri. Mengong.

  9. […] This post was mentioned on Twitter by Kamaluddin, Kamaluddin. Kamaluddin said: Ketua Pemuda UMNO Selangor kurang ajar http://www.mykmu.net/?p=2132 […]

  10. Amira says:

    KPUS tgh pening kot….duit juta RM kat OKT Pathma xdpt claim lagi

  11. saiful says:

    Ketua pemuda jalan berlipat,
    anak buah masih berpelikat,
    apa lah diharap pada yang empat,
    kalau ketua yang satu sombong tak bertempat …

  12. Muhammad says:

    ketua pemuda UMNO kuarang ajar,DSN tlg kasi ajar ni 5 ekor budak hitam….skrg ni 5 ekor budak sudah tumbuh tanduk dikepala….

  13. Ketua um_no says:

    biasala org2 umno…..macam xbiasa plak!!!

    • Siamang Gagap says:

      Lagi luarbiasa kalau yang tua kutuk wali seliper tak mahu turun-turun dari takhta. Takut kes kroni terbongkar kot. Lagi sangat-sangat luarbiasa bila Presiden dalam satu parti mata lebam hanyalah boneka, bilamana org yang bukan ahli parti lebih berkuasa. Lagi, lagi, lagilah teramat luarbiasa bila kaki jubuq bukan sahaja dikenali suka memakai Ky Jelly bahkan suka makan Karipap sambil bercakap “are U wokey”. Beliau mungkin takut mangsa liwatnya mengandung anak luar tabiee…. haa…haaa

      • AnakKedah says:

        hehehe..
        org tua tu dh melekat kt kerusi MB..stok sedap..empuk
        boleh tnjuk kuasaa..
        ckp bodoh..bohong pn org angguk..
        smpai mati lah kot..

        ALLAH JUA MAHA BERKUASA..!!

  14. mohd rizwan says:

    tak payah pening kepala, kalau mereka tak hadir mungkin ada alasan masing2 apa perlu di pertikaikan, apa yg penting teruskan perjuangan UMNO hidup bukan kerana ahli yg berjawatan tapi atas kesefahaman ahlinya jika mereka ini gagal tak semesti nya umno harus gagal… Lupakan tentang mereka dan teruskan perjalanan yg masih jauh…

  15. reka Tan says:

    Hangpa igt Najib je ka yg nk buat open house..Habis kami nie pun ada open house jugak, akai ada ka—->Geng Umno anti najib

  16. Umno Over says:

    Tak boleh salahkan diaorang semata2.
    Sikap orang kalau macamtu susah nak ubah.

    Yang berkuasa untuk buat perubahan tapi berdiam diri pun 2 x 5 juga..

    Kenapa la orang Melayu sekarang ni lembik sangat…!

  17. tebing tinggi says:

    Bukan ketua pemuda UMNO sahaja yang kurang ajar ,ramai lagi pemimpin UMNO yang kurang ajar dan dari itu ahli-ahli UMNO harus bertindak mengajar mereka.

  18. ZAIRUL NIZAL says:

    Untuk pengetahuan semua…aku lah orang yang pertama menyuarakan agar KP Selangor ni meletakkan
    jawatannya di dlm mesyuarat pemuda bahagian kota raja tempohari…tapi mamat sekor ni tak paham-paham lagi ka??? Nak aku pi heret dia turun ka??? Awat yang hang ketegaq sangat Suhaimi Bahlol ooooiii…..Tak paham bahasa ka???

  19. baba says:

    sepatutnya bila org tu dah bakar bendera umno,pecat saja dia dari menjadi ahli umno. mana boleh kita menerima seorg kp negeri yg sanggup membakar bendera partinya.

  20. Gullit says:

    barang tak de tak mau datang…. sepatut kena wujudkan KPI setiap KP negeri…

  21. AnakKedah says:

    mcm Ahmad Bahsah si Alor Setar lah..
    batang idung xpenah nmpk masa BN perintah…
    kerja dok bela Cina..halau org Melayu..
    kandang Babi pun nasib MB la yg berani..

    la pulun nak jadi MB..the waiting MB..
    blah la 2 ekoq beruk UMNO yg bg org Kedah MELUAT..
    BASHAH dan KHALID ni..dua ekoq berok ni kalau naik poster muka depa..mau kalah lagi KEDAH PRU13

    berlumba2 la ni duk turun padang..
    berlumba2 la ni nak jadi juara rakyat..
    bukan apa..nk lobi laa..berebut jd MB

    lingkuplah Kedah kalau dua ekoq beruk ni naik..
    elok Mukhriz lagi rasanya..

    UMNO..ckuplah pengajaran banyak..BERUBAHLAHH!!
    TURUNKANLAH KUDA2 TUA YANG BYK MASALAH!!!

  22. Kiah Lebai Mat says:

    ERmmmm…..masih ada penyakit UNTUT dan UMNO yerrrr….berubat pun bengkak tak berubat pun bengkak….faham faham saja laaaa nooo

  23. hantupaku says:

    selamat jalan umno selangor… tak pernah belajar.. pru akan datang undilah calon bebas islam.. tubuhkan kerajaan negeri campuran tetapi bukan pakatan rakyat…

  24. MercurY says:

    Kembalikan kegemilangan Pemuda UMNO!

  25. HamPAS Nyoir says:

    nazri aziz, khairi jamaluddin harus di pecat dari parti… diaorg dah termakan hasutan kaum sialan di malaysia ni

    • jalak lenteng says:

      btul & benar…paling aku benci si nazri tu..klau jmpa mau aku ludah jer muka dia..
      cakap kurang ajar, sombong mcmlah dia tu hebat & berjasa. x der sumbangan langsung pada bangsa & negara!!!!!!!!!! hampehhh!!

      • Sitiedar says:

        sokong HamPAS dan jalak>…ramai lagi sebenarnya pemimpin UMNO petualang bangsa yg patutu diludah muka mereka….tolak je pengkhianat2 ni,semasa pemilihan nanti…..bersatu kita melayu.

  26. aaron says:

    bila la nak maju

Leave a Reply