Menu Utama

Juadah berbuka campur wain

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/08/3

SUBANG JAYA: Entah berapa ramai pelanggan yang sudah ‘terkena’ apabila sebuah restoran makanan Barat yang menganjurkan bufet Ramadan mengaku dengan sengaja mencampurkan arak masakan di dalam hidangan yang disajikan kepada orang ramai.

Lebih mengejutkan apabila pemilik restoran turut sewenang-wenang memalsukan logo halal Jakim yang dicetak pada katalog menu bagi meyakinkan pelanggan yang menyangka restoran itu mendapat pentauliahan sijil halal Jakim.

Perbuatan itu dibongkar selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya melakukan pemeriksaan mengejut di sebuah restoran makanan Barat di Subang Jaya, di sini.

Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah hari itu, pegawai Jakim diketuai Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah memeriksa restoran terbabit yang menganjurkan bufet Ramadan.

Sumber Jakim berkata, restoran terbabit sebelum ini mengundang tanda tanya pegawai Jakim dan KPDNKK berikutan didapati sengaja menjual minuman keras dan wain kepada pelanggan walaupun pada masa sama menganjurkan bufet Ramadan.

“Pemeriksaan lanjut di dapur restoran terbabit menemui beberapa botol wain masakan yang digunakan chef sebagai bahan dalam masakan.

“Ketika disoal siasat, chef bukan beragama Islam terbabit mengaku mencampurkan wain itu ketika memasak juadah yang disajikan di dalam hidangan bufet Ramadan,” katanya.

Menurutnya, chef terbabit turut mengaku memasukkan kicap mengandungi alkohol di dalam kebanyakan masakannya yang dianggap sebagai perisa tambahan bagi menyedapkan masakan.

“Pemilik restoran terbabit tidak pernah memohon sijil halal dan pihak Jakim tidak akan membenarkan logo itu diguna pakai berikutan restoran terbabit turut menawarkan arak kepada pelanggan.

“Pihak pengurusan restoran terbabit diberikan notis. Berdasarkan kesalahan dilakukan kerana memalsukan logo halal jakim, pengusaha restoran terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perihal Dagangan 1972 yang membawa hukuman denda RM250,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Difahamkan, operasi terbabit antara puluhan pemeriksaan dan operasi berterusan dilakukan pihak Jakim terhadap hotel dan restoran sekitar ibu negara yang menawarkan bufet Ramadan sejak hari pertama puasa lalu.
_______________________________________
Komen:

Artikel ini menarik perhatian saya. Ia dapat dikaitkan dengan sikap penyokong-penyokong Pas terhadap DAP. Pas menganjurkan sikap ‘berprasangka baik’ yang tidak kena pada tempat terhadap musuh-musuh Islam. Lebih parah lagi, mereka cuba memutarbelitkan kejahatan DAP agar segala tingkah laku DAP akan dilihat sebagai baik.

Dalam hal ini, apakah Jakim yang sepatutnya yang dipersalahkan sedangkan Jakim tidak tahu akan hal ini. Lebih penting, kita berulang-kali diberi nasihat agar lebih berhati-hati dengan bufet ramadan. Nampaknya, pengunjung-pengunjung restoran ini termakan dengan logo palsu dan kehalalan sajian ini hanya semata-mata mereka menyajikan bufet ramadan.

Penganut Pas begitu juga sikapnya. Mereka mudah terpengaruh dengan pendekatan palsu DAP yang kononnya mahu mendekati Islam. Mereka mudah termakan jika orang-orang DAP membaca ayat-ayat al-Quran, memberi kisah para anbia, memasuki masjid, memberi salam, memberi sumbangan kepada pengajar dan pelajar Islam dan sebagainya.

Apabila orang-orang DAP memperkatakan tentang Islam, maka terpukaulah penganut-penganut Pas. Mereka pun berkata, ‘Wah, bagusnya mereka ni. Mereka mahu mendekati Islam’. Ini lah yang dikatakan berprasangka baik yang tidak kena pada tempat.

Lebih jahat lagi, terdapat orang-orang di dalam Pas yang sengaja menyembunyikan kejahilan DAP dengan tidak memberitahu penganut-penganut mereka akan hal yang sebenar tentang DAP. Bagi golongan ini, menutup kebenaran adalah perlu kerana yang penting mereka dapat memenuhi nafsu mereka yang kemaruk untuk berkuasa.

Pas seolah-olah mengabaikan tentang amaran ‘musuh-musuh Islam’ yang disebut dalam al-Quran. Apakah kita mahu Islam dikalahkan dahalu baru kita mahu menyerang musuh?






5 Komen to Juadah berbuka campur wain

  1. Kamal_Azlan says:

    Lain kali, pastikan kesahihan sijil halal dengan menyemak di laman web JAKIM.

    Jangan tertipu sebab Parti Ajaran Sesat suka Melayu ditipu komunis.

  2. baba says:

    agaknya yg nik aziz makan kat jamuan dap tu pun dicampur wain.

  3. adamyan says:

    tapi apa yg ringan sangat hukuman tu, cina nih dah buat berapa banyak untung dah tapi hanya diberi notis amaran? patut tarik lesen

  4. kukukambing says:

    Memang pun begitu dulu kini dan selamanya tabiat puak puak parti sesat cap bulan ni .sebagai contoh bila ada sekor kafir harbi ahli sayap politik parti komunis malaya cap roket ucap asalamualaikumdalam satu majlis semua hadirin yang terdiri dari ahli parti sesat cap bulan ni termasuk mursiDOL tua sesat nya tersengih dan lemah longlai.Kemudian bila si komunis kepala gangster perak ni tunjuk bakat (baca tunjuk auta) dia baca ayat ayat al quran semua hadirin termasuk tok guru sesat nya terus jadi cair macam lilin kena api.Tapi kalau sesama melayu islam bukan main liat untuk mereka mendekati dan berbaik baik dengan kita.

  5. abu says:

    apa kene mengena nya “juadah campur wain” ni
    dengan DAP dan PAS ?

Leave a Reply