|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com

Editor: Adamyan | Diterbitkan pada: 8 September 2010| Kategori: Adamyan,Utama | 11 Comments »

Campur Tangan Siasatan Polis – Jangan Ulang Feel Anwar

Kekecewaan jelas kelihatan di muka Tan Sri Musa Hassan dalam sidang media terakhirnya sebagai Ketua Polis Negara kelmarin.  Sudahla tiada pemberitahuan awal mengenai kontraknya yang tidak disambung, ada pula pendedahan mengenai campur tangan Kementerian Dalam Negeri dalam urusan siasatan polis.

Siapakah individu yang mencampuri urusan siasatan polis itu?  Tidak pula didedahkan siapa dia.  Teka teki macam ini yang kadang-kadang kita tak berapa gemar.  Hendaknya kalau nak dedah, dedah semua, janganlah dedah separuh-separuh memeningkan kepala orang lain.

Hikmahnya pulak, tak pasal-pasal TS Musa Hassan yang selama ini didendami parti pembangkang kerana peranan aktifnya dalam siasatan kes liwat Anwar Ibrahim dari dulu sampai sekarang, tiba-tiba jadi wira kepada mereka pula.  Alasannya?  Kenyataannya itu boleh digunakan untuk menghentam kerajaan, soal siapa keluar kenyataan tak penting, yang penting ada isi mau hentam kerajaan.  

Bagaimanapun, itu tak berapa mengejutkan sebab memang begitulah pembangkang pun, samalah macam semasa Anwar Ibrahim di dalam UMNO, kutuk macam nak gila tapi bila kawan tu dibuang dari UMNO kerana meliwat dan menyalahguna kuasa, merekalah yang no 1 hulur tangan ajak masuk kapal masing-masing. 

Pendedahan TS Musa Hassan mengenai campur tangan KDN ini bukan kali pertama, bukan sebab dia ada beberapa hari lagi nak bersara, tapi sebenarnya sudah lama.  Awal Mac 2010 dulu pun TS Musa ada buat pendedahan yang sama sehingga memaksa DS Hisham masuk campur disini

Tidak berapa lama selepas itu China Press mendedahkan bahawa TS Musa sudah menghantar surat perletakkan jawatan walaupun dinafikan kemudiannya oleh TS Musa dan DS Hishamuddin.  Nafilah macam mana nak nafi pun, berdasarkan keadaan ini semua orang pun tahu memang ada masalah antara mereka sejak pendedahan campur tangan itu.

Untuk pengetahuan DS Hisham, dikalangan masyarakat, ada persepsi kuat bahawa tindakan undang-undang diambil berdasarkan pertimbangan politik.  Kami di alam siber ini nak nafikan pun tak berdaya sebab lepas satu satu kes yang sedemikian berlaku depan mata. PM kata tiada pertimbangan kaum, betul lah, tapi bagaimana pertimbangan politik?

Adakah hal ini yang dimaksudkan TS Musa Hassan?  Kalau benar, siapa petualangnya?  Tolak 3 orang jawatan lantikan politik dalam KDN (Menteri dan 2 timbalan menteri), Ketua Setiausaha KDN, Dato Mahmood Adam dan para timbalan ketua setiausahanya yang 4 orang itu adalah mereka yang berkedudukkan lebih tinggi daripada Ketua Polis Negara secara hireakinya.  Kalau orang yang lebih bawah, tentu ia tak jadi masalah berat sangat.

Sejak pasca PRU 2008 dimana BN kalah teruk, memang kita nampak ada unsur-unsur takut dan lembut hati sikit nak ambik tindakan kepada pelampau agama dan perkauman ini semua, nak nak pula kalau melibatkan bangsa selain melayu. 

Jika DS Hisham mahu nak bersihkan KDN daripada semua tuduhan campur tangan ini, kita mahu supaya siasatan dijalankan ke atas orang-orang ini saja dan yang dotted-dotted line melapurkan kepada mereka.  Jangan sebab TS Musa sudah tiada, ada tanggapan bahawa campur tangan tak berlaku lagi.  Lainlah kalau DS Hisham sendiri jadi orang yang dimaksudkan?  Kita harap tidak dan berdoa mintak jauhlah ya.

Terakhir yang kita dengar campur tangan pemimpin kanan kerajaan dalam siasatan polis ialah ketika Anwar Ibrahim jadi Timbalan Perdana Menteri lebih 12 tahun dulu.  Untuk menutup mulut saksi kes liwatnya, Anwar arah Pengarah Special Branch ketika itu Datuk Said untuk ‘turn over’ pengakuan kedua mereka.  Akibatnya Anwar masuk ke dalam 6 tahun dan dipecat dari semua jawatannya.

Jadi kita harap kebijaksanaan DS Hisham untuk memulihkan intergriti pasukan polis dan hapuskanlah amalan campur aduk pertimbangan politik dalam siasatan polis ini (jika ada). 

Oh ya Datuk Seri, di saat ini pun ada cadangan yang begitu kuat supaya TS Musa Hassan selepas persaraannya dilantik sebagai Senator dan Menteri Dalam Negeri.  Sekurang-kurangnya TS Musa tak perlu risau pasal undi cina di Semborong, kata mereka-mereka yang sokong cadangan ini.

Ada 11 Comments setakat ini.

  • SirapLengkong
    September 8th, 2010 at 5:35 PM

    Sokong cadangan lantik Tan Sri Musa sebagai Senator dan Menteri Dalam Negeri … beliau tak perlu risau pilihanraya tahun depan org cina tak mau sokong beliau … barulah negara jadi aman makmur …

  • IslamCountry
    September 8th, 2010 at 11:52 PM

    sokong!
    TS Musa harus teruskan perjuangannya untuk mengeluarkan segala mambang yg ada dalam KDN. Rakyat pasti akan terus memberi sokongan dan mendoakan perlindungan keatasnya.

  • Jamilisa
    September 9th, 2010 at 12:35 AM

    Hishamuddin CKMM ( Cium Keris Minta Maaf ).. apa yang boleh dibanggakan dengan beliau. Jaga kementerian bukan semakin baik, tetapi membawa petaka pulak. Apa sudah jadi dengan Kementerian Belia dan sukan, Kementerian Pelajaran dan terbaru KDN. Memalukan nama Tun Hussin Onn sahaja

  • tubir
    September 9th, 2010 at 12:59 PM

    Kepada orang orang melayu (Umno) kena buat pemilihan yang betul ,sebab orang yang dipileh ada kemunglkinan jadi menteri ……….tak kiralah dia datang dari keluarga mana …..kalau tak boleh menjunjukan pencapaian gugurkan dia …….kuasa ditangan orang orang umno sendiri …..PM tak boleh buat apa apa kalau akar umbi tak suka…….Sekarang jangan salahkan hisham kerana dia memang dah macam itu……..Kepada PM tukarkan saja hisham ni ketempat yang beliau layak atau buangkan saja ….biar dia jadi ahli majlis tertinggi aja …jaga parti……..

  • bong
    September 11th, 2010 at 12:07 AM

    Kau orang tanya cikgu2 apa baiaknya Hisapmudin semasa jadi menteri pelajarann….Kosong.. dia mcm pak lah filp flop…

  • AnakKedah
    September 11th, 2010 at 3:30 AM

    PM kekallah manusia2 bermasalah ni dlm kabinet..
    nak biaq PRU12 berulang di PRU13 ka? nk duk sepenggai mcm Pak Lah jgk kot..
    rakyat BOSAN..n MUAK..

  • AnakKedah
    September 11th, 2010 at 3:37 AM

    bilakah pemimpin tegas dan bijak macam Tun Mahathir akan muncul kembali memerintah Malaysia..
    rindunya suasana yakin dan tenteram seperti zaman Tun dulu..
    adakah bumi Malaysia ini semakih jauh dr Rahmat Allah SWT..
    hinggakan yg jahat dianggap mulia..yg mulia di pandang jahat..

    PM..tolonglah tegas!!

  • rahman
    September 11th, 2010 at 1:49 PM

    rindu pada era pemerintahan che det.

  • daniel noor
    September 11th, 2010 at 7:13 PM

    Dari dulu lagi saya sering menyatakan Dato Hishamuddin ini ‘ is not made for a Ministrial post’ Dia ni bukan pinter atau bijak org nya. Harap muka tersengeh dia aja. Masaalah nya dia sepupu kepada PM. Kerana ada kaitan saudara dia terus di lantik jadi Mentri. Seharus nya PM mesti teges dan ambil atau lantik org2 yg berkaliber, berwibawa, matang dan pinter utk membantu beliau mentadbir kan negara ini. Kalu hanya pakai sentiment aja alamt susah utk BN/UMNO dgn majoriti yg lumayan pada akan datang

  • Sitiedar
    September 13th, 2010 at 8:06 AM

    sokong TS Musa Hassan dilantik sebagai Senator atau KDN kerana satu kerugian orang yg mempunyai prestasi yg cemerlang dipersiakan.

  • jiman
    September 15th, 2010 at 7:53 AM

    saudara tersilap..ikut protokol dn hieraki…kpn lbh tnngi dr ksu…ksu juz custodian officer shj. tpi dlm kes ini dn byk kes lain, ksu nie byk lebih nasi dr kuah

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.