Menu Utama

“Calon KP yang kalah tempeleng KP yang menang”!!!

“Defending the interests of Malays and Muslims is the “heart and soul” of UMNO, says Mohamad Khir Toyo, the former menteri besar of Selangor.

But of late, he said, it is Malay rights NGOs like Perkasa that “have a greater voice” on such “sensitive issues”, indirectly hitting out at UMNO Youth, which has traditionally been in the forefront in championing such matters.

Likewise, he defended Perkasa for airing the grouses of the Malay-Muslim community, despite UMNO Youth chief Khairy Jamaluddin’s open distaste for the organisation.” – Malaysiakini.com

Inilah akibat kepada perbuatan 304 perwakilan yang terbabit dalam undian menentukan Ketua Pergerakan Ketua Pemuda UMNO yang lepas. Akibat undian “salam berisi” itu, maka Khairy Jamaluddin “berjaya” mengalahkan dua lagi calon Ketua Pemuda yang lebih “miskin” dan “marhain” dari dirinya. Akibat itulah Pergerakan Pemuda UMNO hampir “lumpuh”. Berketuakan seorang pemuda yang “pondan” dan “kuat mengadu pada bapa mertua & omaknya”, maka Pergerakan Pemuda UMNO yang terkenal sebagai “kumpulan pendesak” telah turut bertukar sifatnya. Malunya penulis berketuakan seorang yang tak punya “balls”…

Walaupun kalah dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Khir begitu vokal sekali terhadap isu-isu yang melanda negara. Dan terbarunya, Dr. Khir menyindir kepimpinan Khairy Jamaluddin yang gagal menyaingi pengaruh PERKASA. Pemuda UMNO yang sepatutnya menjadi “juara pendesak” kalah kepada “kuasa desakan” PERKASA, terutamanya dalam hal ehwal Islam, Melayu dan Tanah Melayu. Hasilnya, indentiti Pemuda UMNO sebagai “kumpulan pendesak” itu telah diambil alih oleh PERKASA dibawah pimpinan YB “bebas”, Ibrahim Ali.

Jelas sekali Khairy sudah kehilangan punca dan arah tuju. Buktinya apabila dia mengugut akan “keluar dari UMNO” sekiranya pengaruh PERKASA semakin membesar. “Pucuk dicita, ulam mendatang”, itulah impian penulis! Cepatlah keluar dari UMNO. Cepatlah kotakan apa yang dikata. Pantang pemuda Melayu tidak mengotakan apa yang dikata. PERKASA kini kian mem”besar” dan pengaruhnya juga semakin meningkat. Hatta MCA, DAP dan ramai lagi yang takutkan pengaruh PERKASA. Dikuatkan lagi dengan penyertaan  mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, yang merupakan “musuh kuat” Khairi, PERKASA semakin kuat jadinya sehingga mampu menenggelamkan “suara Ketua Pemuda UMNO”.

Telah dibuktikan bahawa PERKASA semakin mendapat tempat dihati orang-orang Melayu, terutamanya pemuda-pemuda Melayu dengan ribuan penyerahan borang keahlian menyertai NGO itu. Berapa ratus ribu pula borang permohonan keahlian Pemuda UMNO yang Khairi Jamaluddin dapat kumpulkan? Jika PERKASA dapat menarik pemuda dari PAS, PKR dan “atas pagar” untuk menyertainya, bagaimana pula prestasi Pemuda UMNO dibawah pimpinan Khairy? Jika PERKASA dapat menarik ramai golongan professional dan bijak pandai untuk menyertai NGO itu, berapa ramai pula golongan ini yang dapat KJ tarik menyertai Pemuda UMNO? Sedangkan yang terang-terang ahli Pemuda UMNO pun malu nak mengaku dirinya “ahli Pemuda UMNO” kerana berketuakan KJ, apatah lagi orang yang belum jadi ahli!

Itu pun ada hati nak jadi Menteri? Itupun ada hati nak lobi sana sini tagih simpati? Sedarlah diri, wahai Khairy! Dengan prestasi, sejarah dan keperibadian seperti itu, jadi “ketua kampung” pun tak layak!

Itu baru sedikit di”tempeleng” Dr. Khir. Mungkin Dr. Khir sudah kurang sabar dengan “prestasi” yang ditunjukkan oleh Ketua Pemuda UMNO ini. Sebagaimana kita tahu, Dato’ Mukhriz dan Dato’ Seri Dr. Khir akur dengan “kekalahan” mereka. Walaupun mereka berdua ini “kalah” pada pemilihan Ketua Pemuda UMNO yang lalu, mereka berdua ini “menang” dari segi prestasi, jasa kepada rakyat dan gerak kerja yang “tip top”. Jika tidak, takkanlah Dato’ Mukhriz dilantik oleh Dato’ Seri Najib sebagai Timbalan Menteri walaupun beliau kalah bertanding jawatan UMNO tersebut? Jika Dr. Khir merajuk kerana “kalah” pemilihan Ketua Pemuda, takkanlah “suara Dr. Khir” begitu vokal sebagai pendesak sehingga mampu “menggoncang” Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor dengan pembongkaran demi pembongkaran. “Kiri kanan depan belakang” Dr. Khir “balun” Pakatan Rakyat Selangor, vokalnya “lebih garang dari suara Ketua Pemuda UMNO sekarang”!

Cuba bayangkan jika jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu disandang oleh Dato’ Mukhriz atau Dr. Khir, apakah nasib Pemuda UMNO akan jadi sebegini rupa? Apakah Pemuda UMNO akan jadi “pondan bodoh” sebegini di bawah pimpinan Dato’ Mukhriz dan Dr. Khir? Apalah nasib Pemuda UMNO berketuakan KJ? Apalah malangnya Pemuda UMNO berketuakan budak “Oxford” menti kepada Anwar ini?

Penulis masih ingat bagaimana sebilangan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang mendesak agar Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk meletak jawatan tempohari. Kecoh kejadian itu. Malah, exco-exco Pemuda UMNO ini turut mengadakan sidang akhbar menuntut agar Khairy meletak jawatan dan sekiranya Khairy tidak meletak jawatan, mereka akan meletak jawatan beramai-ramai. Namun sayang, exco-exco itu juga “tiada telor” seperti ketua mereka. Cakap saja lebih, tiada seorang pun yang berani kotakan apa yang dijanji. Menyedihkan, tapi kenalah telan. Elok buang saja seluar panjang dan dipakaikan “skirt” dan “maxi” sahaja…

Bila lagi Khairi akan sedar diri? Bila lagi Khairi akan meletak jawatan? Usah fikir panjang lagi Khairy, PERKASA lebih perkasa dari Pemuda UMNO sekarang. Kotakan kata-kata mu jika kamu anak jantan Melayu sejati! Jika kamu enggan letak jawatan, penulis cabar saudara Khairy untuk mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO itu pada pemilihan Pemuda UMNO yang akan datang. Dikala itu, tunggu dan lihatlah. Ketika itu baru Khairy tahu “langit itu tinggi atau rendah”! Penulis cabar Khairy Jamaluddin Abu Bakar..!!!



« (Previous News)



3 Komen to “Calon KP yang kalah tempeleng KP yang menang”!!!

  1. takbai-sabai says:

    exco2 yg salam berisi pun sama macam ‘boss’. memalukan jadi anak laki2.

  2. MenantuOrgFelda says:

    bravo DSKT..budak keji tu memang patut ditegur sekali pasal takde peranan yang dimainkan sebagai KP UMNO, sebaliknya lebih kepada Pengerusi Pemuda BN yang sepatutnya jadi secondary punya job.

  3. Kamal_Azlan says:

    Dah calon KP yang menang macam tidur memanjang. Lebih suka tengok Pemuda semakin layu dibuai beruk.

Leave a Reply