Menu Utama

Biar PERKASA Buat Kerja, Kita Sokong Diam-Diam

Penulis sebenarnya tak faham apa masalah pemimpin UMNO dengan PERKASA sampai terpaksa mengeluarkan deklarasi bersama agar pemimpin BN menjauhi PERKASA?  Penulis sendiri tidak bersetuju dengan PERKASA atas banyak sebab berkaitan politik dan peribadi Ibrahim Ali tetapi bukan atas sebab apa yang diperjuangkan PERKASA iaitu perkara-perkara berkaitan melayu dalam perlembagaan atau lebih tepat lagi Perkara 3, 152 dan 153.

Apakah UMNO hari ini nak mengatakan bahawa UMNO tidak lagi mempertahankan Perkara-perkara yang tersebut?  Ini adalah hak kita yang dipersetujui oleh semua pengasas negara ini dahulu tidak kira apa bangsa, jadi apa yang nak takut sangat?  Kalau benar, benarlah, kalau salah, salahlah.

Di dalam UMNO hanya Khairy Jamaludin saja yang begitu vokal mengisytiharkan dirinya tidak menyokong perjuangan PERKASA disebalik kedudukkannya sebagai Ketua Pemuda UMNO – parti yang memperjuangkan orang melayu.  Tentangan KJ dan deklarasi sedemikian menunjukkan bahawa UMNO sebenarnya masih dibelenggu dengan bayang silam pemerintahan Tun Dol, entah macam mana dan bagaimana tapi itulah yang berlaku.

Khairy Jamaludin walaupun tidak berapa cerah tetapi mudah bertukar warna mengikut keadaan kelilingnya, sama seperti mentornya Anwar Ibrahim.  Ketika di Kuala Lumpur berdepan rakan sejawatannya dalam BN, dia akan menjadi pejuang bukan melayu yang paling hebat termasuk mengecam kes-kes yang belum sahih seperti seorang Pengetua di Johor yang dikatakan membuat komen berbaur perkauamn.  Ketika dia di Kelantan dimana melayu merupakan majoriti terbesar, dia akan mengecam Namewee pula walaupun dia sendiri berlakon bersamanya dalam sebuah filem pendek.

Kenapa pemimpin UMNO tidak boleh melihat agenda jahat yang dibawa oleh Khairy Jamaludin sehingga dilihat mengikut rentak tari sumbangnya itu?

Di dalam usaha menarik kembali sokongan bukan melayu terutama imigran cina, UMNO tidak seharusnya meninggalkan orang melayu yang merupakan pengundi tradisi dari zaman berzaman.  Percayalah, di dalam kepala imigran cina sekarang ialah bagaimana untuk mendapatkan penguasaan kuasa politik di negara ini setelah ekonomi negara mereka kuasai.  Apa pun yang dibuat selagi tidak selari dengan hasrat ini hanya akan menjadi sia-sia.

Hari ini hak keistimewaan melayu diserang dari pelbagai sudut oleh puak-puak radikal pembangkang yang berselindung di sebalik undang-undang.  Sedihnya, ada segelintir orang melayu sendiri yang menjadi dalang kepada puak-puak radikal ini, mempersoalkan hak keistimewaan sendiri.  Orang-orang seperti Nurul Izzah, Zaid Ibrahim dan beberapa yang lain ini adalah umpama penderhaka besar kepada Raja-raja dan orang melayu sendiri.

Tidak pernah berlaku sebelum ini perlembagaan negara ditulis semula atas nama untuk memberi kefahaman kepada rakyat Malaysia.  Tidak pernah berlaku sebelum ini pembangkang mempersoal hak keistimewaan melayu secara terang atas nama menuntut pencerahan (clarification).  Perkara-perkara itu berlaku sekarang dan kemunculan PERKASA sendiri adalah apabila melihat tiada pemimpin UMNO yang berani tampil mempertahankan hak keistimewaan sendiri.

Semua ini menuntut pembelaan daripada UMNO sebagai arti tunggal orang melayu dalam BN. Tetapi dengan UMNO pasca 2008 terlalu sensitif dengan kehendak bukan melayu sehingga dilihat gagal mempertahankan hak melayu, maka kemunculan Perkasa sebenarnya adalah satu rahmat kepada UMNO kerana ia tidak terikat dengan semangat berkomponen dalam BN.

Selain hak keistimewaan melayu, rakyat juga melihat UMNO gagal mempertahakan kontrak sosial dan konsep ketuanan melayu atas alasan tidak bertulis. Ketuanan Melayu memang tidak disebut dalam Perlembagaan begitu juga dengan Kontrak Sosial.  Tapi apakah penubuhan sekolah jenis kebangsaan cina dan india turut ditulis dalam perlembagaan?  Penggunaan perkataan cina dan tamil selain daripada untuk tujuan pertuturan ada disebut dalam perlembagaan?  Pendek kata, jika kita mahu mempersoalkan apa yang ditulis dan apa yang tidak ditulis dalam perlembagaan, maka banyaklah perkara yang menjadi biasa hari ini kepada kita, sebenarnya menyalahi perlembagaan dalam erti kata takrifan maksud itu sendiri.

Sebaiknya UMNO mengekalkan hubungan dengan PERKASA dalam diam sementara memainkan peranan sebagai parti tunjang kepada BN. Tidak usah terpengaruh dengan cakap cakap bahawa Perkasa sama seperti Hindraf kerana perjuangan Perkasa masih dalam ruang lingkup perlembagaan negara. DAP sendiri tidak ada masalah menyokong perjuangan Hindraf apabila mencalonkan Manoharan dalam pilihanraya lepas dan menang, kenapa pula UMNO perlu takut dalam perihal hubungannya dengan Perkasa?

 






44 Komen to Biar PERKASA Buat Kerja, Kita Sokong Diam-Diam

  1. Gen2FeldaJohor says:

    Aku yakin, pengumuman tu hanya bersifat diplomatik…Di belakang Umno dan Perkasa adalah satu perjuangan berdasarkan wadah yg.sama..

    • madirPencen says:

      AKU PUN YAKIN…
      KITA PERLUKAN UNDI CINA…
      MCA TAK BAGI KITA KAWAN DGN PERKASA..
      KITA KENA IKUT….
      MCA DAN SOO LEK ITU LEBIH PENTING..
      HAHAHAHAHHA….
      LEMBU PUNYA UMNOOOO…..

      • AnakKedah says:

        PAS plak anjing..anjing DAP…nk kata kat UMNO..hangpa jadi ‘pelacur’ DAP Cina di Perak, Selangor tu awat rasa baguih sgt ka??

      • al-zarqawi says:

        LEMBU YA TAPI KENAPA BANYAK WEBSITE PROBN TAK MOOKAN IDEA NI. BUKAN MCM PAS DARI ULARMAK AGUNG HINGGA BLOGGERS SEMUA MOOKAN SETUJU BILA PAS TANGGUHKAN AKA CANCELKAN PERJUANGAN MERTARBIAHKAN ISLAM KERANA DAP. KALAU MELAYU UMNO LEMBU TENTU MELAYU PAS PUN LEMBU TAPI KENAPA TAK SAMA ?

        ALAMAK AKU LUPALAH BANYAK AHLI PAS DAH JADI SELEMBI (BABI + LEMBU)DAN SELEMJING(LEMBU + ANJING) PATUTLAH SEMUA IKUT AJE SEBAB LEMBU 2 PAS DAB BANYAK MAIN DENGAN ANJING DAN BABI DARI PKR DAN DAP. SATU CTH PAS EDROGAN RAMAI TU SELEMBI DAN SELEMJING KAT SITU.

      • Gen2FeldaJohor says:

        pas-pis amat memerlukan undi cina dAp sehingga halalkan betina tak sunat,mandi junub dan samak pegang mikropon imam dan pijak saf pertama..terlalu perlukan undi dap sehingga tolak umno dan peluk dap demi kuasa politik…demi undi cina dap, hudud tak laksana jika dap tak setuju…

  2. hisham says:

    ini lah yg dikatakan melayu bodoh berpolitik.
    apa salah dengan perjuangan perkasa.
    kalau dah umno sendiri terikat dengan setiakawan BN.umno sendiri sudah tidak berani bersuara..
    biarkan PERKASA bergerak diatas landasanya sendiri.
    melayu perlukan sebuah badan pertubuhan yang berani memperkatakan dan mempertahankan hak orang2 melayu.
    kepada semua pemimpin UMNO.gunakanlah kepala hotak kamu bila berpolitik..belajar daripada apa yg kaum pendatang buat.
    tak salah jika kita belajar dari mereka jika perkara tersebut baik untuk orang2 melayu dan bumiputra di negara ini.
    jangan ganggu PERKASA….jaga saja UMNO baik2 supaya orang2 melayu tidak membenci UMNO..
    tak nak menang PRU13 ke ni?
    kepada ketua pemuda …sedar lah diri kamu tu….kamu tak layak jadi ketua pemuda.
    elok kamu jadi ketua persatuan pondan2 semalaysia..maaf…

  3. tak pernah pulak dengar MCA nak menjauhkan diri dari suqui …. atau MIC nak menjauhkan diri dari hindraf …

  4. Jamilisa says:

    Jurus silat orang politik. Kadang-kadang susah untuk difahami.

    • madirPencen says:

      IYORLAH TU….
      PARTI DAH CARCA MERBA..
      PERKASA TU KAN PERTAHANKAN HAK MELAYU..
      AWAT TAK SOKONG…..
      AWAT IKUT CAKAP KAPIR SOO LEK…
      BUUUUUDOOOHHHHH UMNOOOO!

      • raplahjingaa says:

        hmmmm….

        ikut cakap soo lek…..umno bodoh
        ikut telunjuk kit siang….pas bodoh
        ikut kata peliwat…pkr bodoh
        ikut cakap umno…mca/ gerakan bodoh
        ikut cakap pas…dap bodoh

        hahahahaaha…..malaysia di penuhi orang yang bodoh !!
        tu tak teruk sangat…..yang teruk

        ORANG YANG BODOH PIANG TAPI TAK NGAKU PANDAI hehe !!

      • AnakKedah says:

        hahahahaa…yg bapak PAS tu lagi BAHLUL!!
        Ngeh komunis tu mintak 400 hektar tanah untuk sekolah Cina generates duit Nizar beruk tu terketaq sampai lupa dia tu Melayu ka Cina..bodoh2..
        lepas tu plak..Khalid Samad…muka mcm melayu..tp ala2 india pun ada jugak..tp kopiah mcm ustad..otak liberal mcm kafir..bkn setakat arak..beer..tp betina pelacur pun jd ‘halal’..takut kat Ronnie Lui..ahpek2 ganster..Hassan Ali plak..awai2 ja tnjuk Islamik..last2 samaa ja mcm paderi agung hangpa kt kelantan tu..

      • al-zarqawi says:

        ADAKE PEMIMPIN UMNO KATA DIAORANG NAK DROP PERJUANGAN MELAYU ? TAKDE.
        ADAKE UMNO KATA NAK BUANG AHLI UMNO YG JUGA AHLI PERKASA?
        TAKDE

        HABIS YG KAU ORANG BUANG ZULKIFLI NORDIN SEBAB DIA PERTAHANKAN PERKATAAN ALLAH TU BIJAK LAGI PANDAI KE ?
        SIAP PAS TAK BAGI DEPA MASUK NAK JOIN PAS ?

        BODOH BOLEH BELAJAR LAMA2 PANDAI TAPI KALAU DAH TERENCAT AKAL AKIBAT BANYAK DENGAR CERAMAH ULARMAK PAS TU TAK BOLEH BUAT APA. LEBIH BAIK OTAK ORANG PAS BILA MAMPOS SEDEKAH DENGAN MUZIUM ANATOMY UNTUK BUAT KAJIAN PATOLOGI.

        • AnakKedah says:

          sdr zarqawi..
          hehe..bijak2 hujah tu..depa ni geng terencat akal..betui2..kalau org bodoh..di ajar..di didik..di asuh akan kenal juga kebaikan..kenal Allah..kenal jalan benar..

          puak ni kita ‘tonyoh’ muka depa kt ‘tar’ jalanraya pn dia tetap keras ‘kedekiang’ tkkn tgk salah diri depa wpun perkara yg amat TERANG.

          Yb Zulkifli tu dicemuh, dicaci sbb apa? sbb dia xbersubahat dgn Nik Ajis sama benarkan Allah disekutukan oleh kafir..
          kalau kita buang jauh2 parti politik..kita tapis isu ini dgn halus.. atau kita balik pd zaman tok nenek kita dulu.. sudah pasti di kira MURTAD!! sudah pasti kita dipulau kan dan dikira sebagai penghina agama..

          tapi disebabkan adanya parti..paling malang sekali parti PAS!! maka celaka habihlah segala yg berkaitan dgn Keistimewaan Islam..diborong angkut semuanya menjadi bahan dagangan, mengikut selera nafsu politik jahanam mereka.. daripada Mursyidul Sesatnya, Presidennya pun jadi syaitan bisu..kuasa punya pasai..subahat sama.. sampailah ke ahli2 bodoh yg tktau apa..kerja ikut jaa..

          Mereka ini sudahlah BODOH..JAHIL MUROKAB pulak tue.. kepala keras macam batu..depa dan puak depa saj abetui..
          mufti salah, raja salah, tokoh sejarah salah, kalau lembu tk sokong depa..lembu pn dihukum juga..

          itulah fitnah dhsyt yg melanda org Melayu di malaysia.. selagi puak-puak khawarij ini boleh berkata2..kalau Nabi masih ada..Nabi pun depa akan dustakan..

          mmg layaklah pnentang2 PAS AL-KHAWARIJ ini memanggil depa SESAT..

  5. AnakKedah says:

    Pemimpin UMNO mungkin tak semua..tapi ni kes 1malaysia punya hal..habihh pakat takut kat Cina..
    Insya Allah..kita tetap sokong Perkasa wpun UMNO duk halang..perjuangan tetap diteruskan..transport mana itu soal kedua..kalau UMNO bermasalah..Perkasa mau tkmau kena daftar jugaklah jadi parti politik..pecah pun pecahla undi nak buat cmna dah UMNO dikuasai oleh manusia yg syg Cina jugak mcm PAS..

  6. Sepatut nya itulalh taktik terbaik yang harus umno lakukakan .jadikan perkasa sebagai senjata sulit untuk menghentam mereka.Umno tak boleh bertindak seperti perkasa tak mengapa ,itu kita faham .kita contohi seperti mca buat .mereka menggunakan pertubuhan seperti dong jio zong dsb nya sebagai senjata sulit mereka untuk menuntut itu dan ini.Yang penting jgn sekali kali takut ngan puak kiasu rasis ni .percayalah mereka berani kerana kita lemah dan berpecah.andaikata kita bersatu dan tegas dengan merekamereka langsung tak berani angkat muka pun.

  7. Yop says:

    umno cakap perjuangkan melayu….perkasa perjuangkan melayu jugak….salah ke org umno sokong perkasa ?? konfius aku… tak kan perkasa power sgt sampai umno kene suruh org umno jauh dari perkasa…. konfius2..konfius2…sokong perkasa or umno ?? or sokong pas ??

  8. serinurain says:

    hahahaha umno dah bagi bola tanggung kat pas, kalau selama ni kita dok kata pas takut kat dap terutama lge, kini pas pun dapat point, umno takut kat mca aktor soilek aktor politik porno kesayangan mca hahahahaha ada manusia jujur mereka buang mereka campak pilih yg gila sek, bila dah kena pilih ofcoz lah nak tunjuk hero, padan muka kita semua dah kena paku buah keras, uweeek semua ahli politik berotak gila khinzir, nak menyokong sapa pun dah keliru,

    • al-zarqawi says:

      BOLA TANGGUNG SIKIT AJE TU UMNO DAN PERKASA BOTH PERJUANGAN UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK MELAYU MUSLIM ASPEK TU TAK BERUBAH. SESILAP UMNO DLM ISU NI PUN RAMAI ICON UMNO SEPERTI TUN MAHATHIR TETAP TIDAK BERSTUJU DENGAN PENDAPAT BEBERAPA PEMIMPIN UMNO. SAYA YAKIN AHLI UMNO DAN PERKASA YG BUKAN BERFIKIRAN KHAWARIJ LEBIH MUDAH BERSATU SEBAB TAKDE BUDAYA KULTUS BUKAN SEPERTI PAS. INSYALLAH ITS JUST SOME COMPETITION THAT WENT OUT OF HAND.

      TAK SAMA DENGAN FIASCO PAS YG AKHIRNYA TERPAKSA MEMBATALKAN PERJUANGAN DAR AL ISLAM DAN PERLAKSANAAN HUDUD VERSI PAS. APA NAK BUAT MUSLIM LIBERAL KEADILAN DAN HARBI DAP TAK NAK. TAPI MCM BIASA ULARMAK MCM ULAR KAN LICIN SO DIAORANG PUN BUAT CERITA KITA POSTPHONED DULU DENGAN ALASAN RAKYAT MALAYSIA IQ RENDAH TAK FAHAM HUDUD.

    • AnakKedah says:

      UMNO tkpenah bersekongkol dlm hal Solex tu..
      itu hal MCA punya dalam..blum pernah lg pemimpin UMNO mengiakan perbuatan itu wpun itu sama2 kafir.
      tp..Nik Ajiz..seorang murshidul am parti yg konon di panggil parti Isle..
      terus campur tangan dan mengiakan perbuatan zina dan seks bebas oleh Eliz Wongok tu dgn jantan melayu PKR.. kemudian bg sokongan pulak pd betina kotoq tu..termasuklah oleh Ketua Wanita PAS (xlayak paggil muslimat sbb memperbodohkan umat Islam) pi peluk erat betina tu..

      hal2 lain..PAS cintakan DAP sehingga apa jua DAP ckp semuanya betui..semuanya positif..jemput masuk masjid..surau..buka ruang untk sebarkan dakyah jahat depa.. peluk lim kit siang…peluk lim guang eng..tp xmau bersalam dgn pemimpin UMNO..

      so..xsama kan.. mentang2 la PAS tu uniform rasmi depa kepiah dgn serban..jd kalau minum todi pn kira btui jgklah??

      • geram betuil dengan oran pas yg mainkan islam…tapi ALLAH butakan pekakkan dan bodohkan diorang…hmm…kita doa jer la untuk mereka supaya diberi hidayah…..

        akhir kata…kita jumpa je la di aakhirat tgk sapa betul sapa salahg….

  9. Umno Over says:

    Mana2 pemimpin Umno yg isytiharkan Perkasa patut dijauhi oleh Umno, apa kata PRU nanti bertanding tempat ramai Cina. Tengok Cina sokong depa tak nanti.

    Mana2 wakil rakyat yg menang PRU lepas dari kawasan > 75% Melayu, tak layak bagi sebarang komen pasal Perkasa! Korang nak glamour dengan bangsa lain tapi periuk nasi harap Melayu tolong. Pirahhh!!!

    Kalau orang Melayu tak dapat sokongan Melayu, jgn harapla orang Cina akan beri sokongan. Depa akan sokong Umno kalau Melayu kuat aje. Ramai yg hipokrit.

  10. muhammad says:

    Cuba kita buat kajian sikit tentang sejarah Islam…zaman Nabi dan Khulafak Ar-Rasyidin ada orang kafir jadi pemimpin tak dalam pentadbiran? Dan mampu tak orang Melayu Islam di Malaysia ni memerintah tanpa bantuan orang kafir?Nah, inilah menunjukkan lemahnya orang Islam di Malaysia skrg ni sehingga nak memerintah pun berharap kepada orang kafir..tak kita PAS atau UMNO…Kalaulah PAS dan UMNO bersatu menubuhkan pakatan tanpa DAP atau MCA atau MIC dll…kita masih masih memerintah negara ini bahkan hasrat untuk melaksanakan hukum syariat akan tercapai, insyaallah…tapi apa nak buat mungkin dek bebal…mata hati pemimpin melayu Islam tak tersinar oleh cahaya untuk melihat kebenaran…

  11. muhammad says:

    Saya setuju cadangan UMNO Over tu…

  12. raplahjingaa says:

    Adnan, Nazeri, Khairy dan dua tiga lagi mangkuk ayon dalam UMNO ni patut dlebelkan sebagai pemimpin melayu bodoh yang terakhir….tahap kebodohan mereka bolehlah kita bariskan bersama dengan anwar si liwat dan nik aziz tua kutuk tu. Depa ni nak apa sebenarnya ?

  13. jeng jeng says:

    JANGAN LUPA 7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

    Wasiat Raja Raja Melayu.
    Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

    * Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu .
    * Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

    * Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

    * Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

    * Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

    * Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

    * Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

  14. Khahar Muzafar says:

    Memang telah dikenal pasti KJ orang yang bertanggungjawab kekalahan BN yang lepas, Ku Adnan, Nazri DAN Khalid Nordin merupakan pencacai kepada Pak Bedol dulu, yang sepatutnya telah dilucutkan dari jawatan dan tidak sepatutnya Najib melantik pengacau-pengacau yang menjadi liabilities ini kepada UMNO yang menolak PERKASA, jadi kita dah tahu setinggi mana tahap pemikiran mereka. Kalau Pucuk pimpinan bersama-sama menyokong pencacai Pak Bedol ini, BERMAKNA UNMO MEMBUAT SATU KESILAPAN YANG LEBIH BESAR PADA KALI YANG KEDUA. Pucuk kepimpinan UMNO telah melukai hati Orang Melayu sekali lagi yang kebanyakkan pada masa ini telah cuba-cuba mendekati UMNO, tetapi mereka dikecewakan lagi oleh pencacai-pencacai ini. SEDARLAH PUCUK PIMPINAN UMNO, JANGAN FIKIR UMNO MASEH KUAT SEPERTI DULU JANGAN BERLAGAK SOMBONG. UMNO NAK MENGHARAPKAN MCA DAN MIC? GERAKAN? MAKNANYA BN AKAN HANCUR. WALAUPUN SEMUA TUNTUTAN NON MALAY DIPENUHI OLEH PUCUK PIMPINAN UMNO DAN MELUKAI HATI UMAT MELAYU, NAMUN ORANG-ORANG CINA TIDAK AKAN MENYOKONG BN DALAM PILIHAN RAYA KE 13 NANTI, PERCAYALAH. BN HANYA MENGHARAPKAN UNDI ORANG-ORANG MELAYU DAN KAUM BUMIPUTRA DISABAH DAN SARAWAK SAHAJA. MAKA INSAFLAH WAHAI PEMIMPIN UMNO.

  15. Khahar Muzafar says:

    Semua parti pembangkang dan komponan BN seperti DAP, PKR, PAS, MCA, MIC, GERAKAN, dan mana-man yang bersamaan dengannya KETAWA BESAR DENGAN LAGAK BODOH UMNO INI

  16. reka Tan says:

    heee,Nmapak sgt semuanya mentaliti politik 10 sen. Malas berfikir, malas mengkaji, malas membaca.Masih macam dulu2. Asyik kena tipu seumur hidup.
    Tugasan hari ni.Cuba rungkai knyataan presiden perkosa braheng ali..iaitu
    “Ibrahim Ali kaji pakatan politik baru, sedia terima bukan Melayu”…cuba berfikir & mengkaji…baru boleh hujah,Ini tidak asyik kena tipu selma 50 tahun.

  17. Umno Over says:

    Reka (se)Tan,

    Memang orang Melayu dah kena tipu 50 tahun.
    Kena tipu dengan ramai Cina penipu mungkir janji.

    • AnakKedah says:

      hahah reka se-Tan sedap2 nama tu.. mau tambah ckit lagi.. ” reka se tan lan c***..” hahaha
      yelah kaki tipu itu adalah CINA..
      yg kena tipu itu Melayu..
      sama saja UMNO atau PAS..
      tp PAS lg kuat kena tipu.. gadai londeh semua yg ada..

  18. manbelon says:

    Itulah yang sepatutnya.
    UMNO jalankan peranannya sebagai parti politik Melayu.
    Perkasa jalankan peranannya sebagai NGO Melayu.
    Masaalahnya sekarang ramai yang nak tunjuk siapa lebih juara.

  19. HamPAS Nyoir says:

    org melayu umno dan pas kena diam dan sokong PERKASA… jgn bising2 kita sokong apa yang PERKASA buat..

  20. hantupaku says:

    dengan umno tidak menyokong perkasa… dan dengan adanya ramai perosak seperti kj di dalam umno.. saya berasa sedih kerana ajal umno semakin hampir…

  21. Melayu Islam says:

    PAS Pelacur Agama..

    DAP bapak ayam..

    PKR Ibu ayam…

    .

  22. Roh Tentera Jepun says:

    Wahai orang-orang Melayu Islam, hendaklah kamu berbaik-baik antara kamu : berpeganglah kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi – kamu akan selamat hingga ke hari akhirat. Janganlah kamu bergaduh kerana kuasa yang sedikit. Lihatlah sejarah kejatuhan kerajaan Melayu Melaka. Kerana berebut kuasalah orang Melayu Islam ketika itu hancur lebur.Tidak ada orang asing yang ambil peduli diatas penderitaan orang Melayu Islam yang telah hilang kuasa selama hampir 400 tahun. Baru 53 tahun kita merdeka dan dapat kuasa untuk memeritah, kita dah nak hancurkan kuasa yang sedikit itu. Fikir-fikirlah tentang baik buruknya jika kita tidak ada kuasa di tanah air kita sendiri. Bila kita hendak berkawan, carilah orang yang kuat agamanya,baik budi bahasanya, penuh kasih sayang, bukan sekadar pandai bercakap sahaja dan putih kopiahnya atau dari keturunan kogsi gelap yang memang gelap hatinya. Dalam dunia yang moden ini, serba canggih, kadang-kadang kawan menjadi lawan. Kita berkawan juga kena berhati-hati, ada masanya kawan juga menikam kawan kerana kuasa yang sedikit. Sudah menjadi sifat manusia, tak suka tenguk orang Melayu Islam berjaya dan hidup senang. Alangkah baiknya kalau ramai orang Melayu yang kaya dan hidup senang berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi, sekurang-kurangnya mempunyai sifat pemurah, banyak bersedakah, banyak membantu orang yang susah dan meningkatkan lagi Syiar Islam – semuga terus berkembang dan berkembang. Apa yang berlaku pada hari ini, sungguh mencemaskan kebanyakkan orang Melayu Islam – sudah ada suara-suara sumbang dikalangan kita yang tidak faham sejarah ingin mengambil alih kuasa yang sedikit secara halus ; Kita orang Melayu Islam kena hapus/buang perangai suka tidur, leka, cuai, tak mahu tahu, tak kisah, tak cekap,tak ambil berat, tak dapat mengutamakan yang utama, suka dipuji, suka hiburan – dikalangan kita masih ada yang tak kenal yang mana halal yang mana haram – main belasah sahaja….Untuk berjaya kita perlukan pendidikan rohani dan jasmani yang kukuh, bukan sekadar ada sahaja – bina pusat-pusat pengajian Islam dan Akdemik yang terbaik, pelajarnya berkualiti – faham asal usul bangsa dan sejarah negara MALAYSIA. Barulaah MALAYSIA selamat, maju dan terus maju…anak cucu kita selamat dan bahagia dengan aset yang kita tinggalkan. Janganlah batu yang keras dan lumpur yang busuk pun kita nak makan? Kasihanlaaah kat anak cucu kita untuk mereka terus hiduuuup! Hidup Malaysia, Hidup PERKASA.

  23. matihidupmelayu says:

    UMNO kini lemah longlai dan tak tahu nak bergerak arah mana. Tolong melayu Parti Komponen kacau. Tolong bangsa lain melayu kacau.Ini semua kerana PKR dan PAS yang konon nya nak perjuang keadilan untuk semua seolah UMNO sekarang tidak adil kepada melayu. UMNO dah pening. Pemimpin dalaman parti saya dengar tak habis habis berebut peluang kekayaan. Pemuda UMNO sudah tiada haluan. Ketua mereka dok sokong parti komponen. Bila pengetua cakap lebih sikit dah dianggap perkauman. Tak nak periksa dulu kenapa Pengetua Sekolah tersebut cakap begitu. Namawee burukkan lagu negaraku dimaafkan. Sekumpulan bukan islam baling cat dan minuman keras kat mesjid dimaafkan juga tapi bila ada kumpulan melayu bawa kepala lembu dan bakar gereja sikit sahaja terus dakwa dimahkamah. Apakah UMNO sedang berjuang nasib melayu? Sedih jika difikirkan pucuk pimpinan kebanyakanya melayu tetapi nasib melayu tak banyak berubah. Pada pandangan saya pemimpin melayu ini semuanya bekerja untuk rakyat bukan untuk melayu sedangkan parti komponen BN semuanya berjuang untuk bangsa mereka.Kalau tak kerana MIC lalai dan lemah membela nasib bangsanya tak akan ada Hindraf. kalau tak kerana UMNO lemah membela nasib melayu tak akan ada PERKASA dan NGO melayu lain. Jadi UMNO kenalah tolong melayu banyak sikit. Kalau betul2 tolong melayu tentu sekali yang dalam PAS dan PKR pun lari tinggal parti2 songsang mereka tu.Jangan takut sangat pada parti komponen bukan depa boleh buat apa pun.Semua isu yang depa timbulkan adalah sengaja kerana mahu UMNO lemah supaya depa boleh kontrol. Semua rakyat tahu siapa yang kontrol ekonomi. Kat KL kalau pusing satu hari bandaraya 99% kedai atau pusat perniagaan adalah kepunyaan bangsa asing. Semua bandar lain di negara ni sama saja. Orang melayu sekadar gerai tepi jalan dan tak mampu pun nak milek kedai. UMNO dok buat apa? Tak cukup lagi ke kekayaan bangsa asing ni. Sekarang dah ada pula bantuan kewangan untuk peniaga kecil bukan bumi. Dah ada biasiswa JPA untuk mereka yang dapat 9A+ dalam SPM. untuk belajar diluar negara. Dulu waktu Tun M jadi PM, kalau kita pi USA atau UK kita dapati pelajar melayu antara bangsa paling ramai belajar disana. Sekarang kalau kita pergi kita dapati bangsa cina Malaysia antara paling ramai. Ini tanda mereka dah kaya raya sementara Kerajaan pula sedang mengurangkan pelajar melayu diluar negara. Adakah kerajaan bertambah miskin atau adakah kerana gertakan parti komponen nak hak yang sama. Kalau kita nak jadi pemimpin bangsa melayu kena vokal lah sikit berjuang hak melayu. kalau kita dok bimbang takut bangsa lain marah tak payah lah jadi pemimpin melayu.Kita tak perlu pemimpin dayus yang bercakap untuk rakyat tetapi bukan untuk bangsanya.PERKASA timbul kerana ia terasa hak melayu sedang terhakis. Walaupun Ibrahim Ali dikatakan bukan pemimpin hebat tetapi mendapat sokongan ramai melayu yang dah bosan dan meluat dengan pemimpin melayu yang hanya ingin kerusi empuk.Kalau dah tiada rotan akar pun berguna.

  24. nazkas says:

    Ramai org kata tun mahathir tu diktator,kuku besi..ye la..bkn mudah nak perintah negara berbilang bangsa dan agama..nasib baik penduduk tk ramai mcm di indon.tapi di indon pun cina cakap bahasa indon.takde sekolah cina.so,kesimpulannya,pemimpin kita banyak sangat beri ruang sampai kena pijak kepala..zaman tun mahathir tak teruk mcm ni..semua under control walaupun kita tau banyak juga disorok ‘under carpet’..cina nak bersuara sgt pun tak berani masa tu.mmg nampak jelas ini semua terjadi bila si anwar kena pecat..masing2 ambil kesempatan atas kekalutan politik masa kini.And d best part,PM najib hanya wait n see..biar rakyat menjerit2,bergaduh.dia tengok je.takde concrete action.macam dia tak berani nak bersuara dan bertanggungjawab.d worst part,dia tak berani utk menyatakan kebenaran.bila pemimpin mca bergaduh pun,dia sbg PM boleh kata dia tak boleh ckp ape kerana itu urusan dalaman mca.kalau mcm tu tak guna jd pm and pengerusi BN.menteri u buat kecoh smpai rakyat gelisah,u sebagai pm blh kata u tk blh buat ape..logik ke?kalau lembik pun,jgn smpai cair.masalah yg paling besar skrg,org melayu dah byk memberi dan bila nak ambil balik,dah payah.dan lebih teruk lagi,setiap tindakan mesti berdasarkan kelebihan politik(undi cina).

  25. safian cheros says:

    Adoila korang…

    Parti punya pasal pon korang sanggup maki hamun sesama bangsa dan ugama…mana tak nya orang melayu makin hilang kuasa di bumi sendiri. Pahlawan sangat ke.. yang ramai nya pahlawan mengumpat keji. cermin la diri sendiri dulu sebelum nak kata org bodoh ke lembu ke, apa kek. Tong kosong bunyi bising beb, mcm moto mat rempit. Lelama org melayu ni hina dimata bangsa sendiri, hina jugak dimata bangsa lain… pendekar sangat semuanya, tersentuh sikit berkokok, kalau sesama bangsa, nak berbunuh aje.. jgn pulak nanti tiba masa kita kena menegakkan ugama ALLAH dgn senjata, telur kita kecut ye…. bila tak bersatu mcm skang ni, apa pun kita kalah… kamu satu orang,… tak boleh ubah apa2…

Leave a Reply