Menu Utama

Berita dari Kedah…

Suasana ‘Eidul Fitri kali ini masih meriah di Kedah. Umat Islam di Kedah masih lagi merayakan hari kemenangan umat Islam men”tamrin”kan nafsu pada bulan Ramadhan bagi bekalan mengawal nafsu pada bulan-bulan yang lain, sementara menunggu latihan pengawalan nafsu pada Ramadhan berikutnya. Tidak tahu sama ada akan bersua kembali dengan Ramadhan akan datang, hanya Allah saja yang menentukan.

Penulis masih lagi mengunjungi sanak saudara di Kedah. Hari Raya Fitrah kali ini menemukan kembali penulis dengan saudara mara yang majoritinya adalah penyokong PAS tegar. Penulis tersenyum dengan cakap politik mereka kali ini. Dalam hati, penulis merasa kasihan kepada harapan palsu yang diberikan oleh PAS kepada mereka. Yang mengejutkan, mereka kini semakin kuat mengeluh dengan keadaan PAS Kedah yang semakin parah menghadapi kemelut perebutan kuasa dan krisis dalaman yang kritikal. Penulis hanya tersenyum sambil sekali sekala mengenakan soalan “cepu mas” yang membuatkan mereka semakin mendedahkan sengketa dalaman PAS Kedah.

Salah seorang pemimpin bawahan PAS memberitahu penulis bahawa PAS Kedah kini semakin parah dirasuk penyakit “gila kuasa”. Menurutnya, Azizan Razak sangat disayangi rakyat Kedah, tak kira PAS atau UMNO. Azizan Razak sebagai Menteri Besar dilihat sangat liberal dan bijak mentadbir Kedah. Azizan dilihat sebagai tidak punya kepentingan peribadi sebagai Menteri Besar Kedah. Beliau disenangi oleh akar umbi PAS, malah akar umbi UMNO pun dapat menerima Azizan sebagai MB Kedah yang baik. “Sekurang-kurangnya lebih baik dari Mahadzir Khalid!”, itu kata mereka.

Namun dengan sikap yang sedemikian, Menteri Besar Kedah ini tidak pula disenangi oleh para pemimpin PAS yang lain, terutamanya para exco-exco yang dilantik oleh Azizan Razak sendiri. Dalam diam-diam, mereka menyusun strategi mereka sendiri. Misalnya, Mahfuz Omar dikatakan sedang mengatur pertemuan-pertemuan dengan pemimpin-pemimpin PAS Kedah yang “anti-Azizan”. Mahfuz dikhabarkan mempunya “agenda”nya yang tersembunyi. Ini yang merisaukan pemimpin PAS diperingkat bawahan ini. Plot “coup de tat” yang dirancang ini begitu teliti supaya tidak dihidu oleh “mata-mata” MB Kedah itu.

Pertemuan-pertemuan itu dilakukan dengan baik dan mengikut plan diplomatik yang bijak sekali. Azizan Razak sendiri mungkin tidak sedar bahawa ada “pisau yang tersembunyi dibelakang”, bertujuan untuk mematikan kariernya sebagai MB Kedah. Namun pada saya, jika Azizan tahu sekalipun tentang “tikam belakang” yang mengancamnya, dia tidak sedikit pun gusar atau risau tentang hal itu. Azizan sedar betapa sukarnya menjadi MB Kedah dan bukanlah cita-citanya untuk menjadi MB Kedah selama ini. Dia sendiri hanyalah tidak lebih dari sekadar “bidan terjun” yang “terpaksa” menjadi MB Kedah. Oleh itu, mungkin dia tidak kisah sekiranya di”guling”kan oleh golongan PAS “erdogan” di Kedah.

Menurut beberapa orang kuat PAS Kedah, Azizan sangat baik dan mempercayai Kedah Civil Servant berbanding exco-exco lantikannya. Azizan Razak dikatakan sering menempelak exco-exconya di dalam menyuarat dan ini telah menyakitkan hati exco-exconya itu. Malahan dikhabarkan bahawa Azizan enggan menamakan salah seorang exconya untuk mengetuai sebuah perbadanan di atas nama MB Kedah dan menetapkan supaya salah seorang KCS yang akan mengetuai syarikat MB yang akan mengawal semua GLC Kerajaan Negeri Kedah itu. Ini lebih menyakitkan hati pemimpin PAS Kedah yang mengidamkan jawatan yang mampu meng”kaya”kan diri sendiri itu. Azizan semakin dibenci oleh pemimpin PAS Kedah disekelilingnya.

Memandangkan betapa “liberal” dan “cengei”nya Azizan Razak yang tidak memberi muka kepada pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat Kedah, maka disebabkan inilah Mahfuz Omar dikhabarkan cuba mengumpul dan melobi pengaruh untuk menjatuhkan Azizan Razak. Beralasan “ketegasan” dan perlaksanaan dasar PAS yang lebih drastik, Mahfuz dikatakan cuba mencari sokongan dari ramai pihak untuk menjadi MB Kedah. Menurut khabar, Azizan akan dikekalkan sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah dan akan dilantik sebagai penaihat Kerajaan PAS Negeri Kedah. Manakala Mahfuz yang sudah lama mengidam kerusi DUN Bukit Pinang, akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Kedah. Seterusnya, Mahfuz dikatakan telah berjanji akan memberikan “habuan” dan “sumbangan ikhlas politik” yang lebih kepada mereka-mereka yang menyokongnya.

Begitulah cerita yang dapat digarap hasil dari pertemuan penulis dengan ramai saudara mara penulis yang menyokong PAS Kedah. Saudara mara penulis ini jika “dipotong 18 pun sekali, akan tetap menyebut..PAS..PAS..PAS..”. Minda mereka sudah sukar untuk dibersihkan. Walaupun sudah banyak kali mereka tewas dengan hujah dan fakta konkrit berserta dalil naqli dan aqli yang penulis kemukakan, dan biarpun merah padam muka mereka menahan malu kerana sindiran sinis penulis, mereka tetap bersama PAS dan rela diperkudakan oleh pemimpin mereka sendiri. Yang sedihnya, walaupun mereka tahu mereka ditipu hidup-hidup oleh pemimpin kawasan mereka, mereka tetap sokong penipu itu! Pelik, tapi benar.

Penulis hanya menunggu. Apakah akan berjaya rancangan gerakan “subversif” Mahfuz Omar ini. Apakah Azizan akan berdiam diri? Bukan apa, Azizan Razak ini juga bukan calang-calang orangnya. Jika tiba-tiba Azizan Razak umumkan Pilihanraya Negeri Kedah dan mengisytihar masuk UMNO, pasti Mahfuz akan menepuk dahi!






12 Komen to Berita dari Kedah…

  1. umno forever says:

    kan ustaz zizan kan kumpulan pro-perpaduan umno dan pas mcm ustaz nasa, aku rasa baik sikit ustaz zizan dari nik azizyg semakin lama semakin merapu tu..

  2. Gen2FeldaJohor says:

    ni lah tanda akhir zaman bila ramai orang ta’at pada ketua yg.sesat…kata Allah mencarut dan promosi penggunaan kalimah Allah digereja pun mereka tak berani bantah !!!

    AKU NAK BAGI SATU CADANGAN TERUS PADA NAJIB RAZAK DARI HATI NURANI RAKYAT BAWAHAN YG.INGIN MELIHAT MELAYU BERSATU DENGAN ROH ISLAM….MOHON DS NAJIB SUPAYA JADIKAN ISTERI BERIMEJ ISLAM DENGAN BERTUDUNG MENUTUP AURAT..DENGAN SATU LANGKAH ‘KECIL’ INI PERCAYALAH ,,PAS HILANG MODAL MENGHENTAM KITA DAN RAKYAT BAWAHAN RASA SEJUK UNTUK MENGUNDI UMNO…KAMI RASA BAHAGIA MELIHAT PASANGAN TS MUHYIDIN YASSIN DAN ISTERI..

  3. tengkudin says:

    tambah jahanam kalau Kedah mahposs pegang…anak sendiri pun tak betul..ada hati nak jaga kedah..sudah la mr bean PAS!! ko jaga anak ko tu baik baik..jangan kasi dia hisap benda sial tu je..bapak dengan anak sama je..

  4. Iguana says:

    Setuju dengan penulis…sebagai orang kedah kami tiada masalah dengan ustaz Azizan…sekurang-kurangnya dia lebih baik dari Mahadir Khalid…Cuma beberapa pemimpin pas sahaja yang perasan bijak dan alim terutama Mahfuz…Rakyat kedah tak dapat terima pemimpin macam Mahfuz

  5. Adamyan says:

    Apalah sangat orang tak pass SRP macam mahfuz boleh buat? dia sendiri pun hanya tunggu masa untuk lompat PKR.

  6. Jamilisa says:

    Politik orang kedah… kadang-kadang buat pening kepala. Aku pun anak kedah dan masak sangat dgn segelintir pemimpin baik dalam umno atau pas. Politik perut

  7. AnakKedah says:

    Salam..

    Ya Allah..sedihnya..
    memang benar apa yang disampaikan oleh penulis..
    di Kedah memang duk dengar dah perebutan kuasa nak jatuhkan MB Ust Azizan.
    Ust Azizan adalah icon dan imej sebenar orang KEDAH! Imej neutral di khalayak orang Kedah cukup menyenangkan kami. Kalau tak kerana imej PAS yang jahat ini, sy yakin PAS akan menguasai KEDAH pada penggal lagi sekali
    memang dia lebih disukai oleh orang Kedah jauh lebih baik daripada Mahadzir Khalid yang bengong lg bodoh tktau buat kerja apa, banyak melingkup Kedah dan lebih baik dari Ahmad Bashah yang tiba-tiba menjadi ‘juara rakyat UMNO’ sedangkan dulu apa pn tkpeduli..bohong dan kaki bela tokeh Cina jugak..

    Malangya bagi orang KEDAH la nie..UMNO Kedah penuh masalah..korup sejak zaman berzaman, pembangunan tkdk kualiti..jadi bandaraya sebagai alat ‘muhong’ rakyat dizaman Syed Razak, pembangunan hartanah tidak seimbang secara drastik zaman UMNO dulu bawak masuk ramai Cina-cina luar beli dan majukan hartanah Kedah sehingga harga rumah melambung luar biasa..

    Malang lagi org KEDAH harini..bila PAS memerintah exco-exconya memang jelas ‘boikot’ majlis-majlis rasmi Negeri, walaupun majlis-majlis berkaitan agama Islam, seperti di Masjid Negeri atau majlis di daerah-daerah. YB ust Azizan ada buat banyak juga projection lebih bijak dan menarik berbnding dua ekoq MB bodoh sebelum ini dan sekoq beruk yang berlagak duk kempen nak jadi MB kononnya (yg ni org UMNO lah..memang di Kedah pakat tau dah)..

    Tapi..AMAT CELAKALAH bagi org Kedah kalau MAHFUZ yang zero tu jadi MB..dengan tkdak gaya langsung, akademik pun zero, ceramah tawaq hebeiaq asyik2 kutuk maki2..dan Kedah akan jadi negeri Pakatan Rakyat seterusnya yang akan ‘sembah melutut’ kt DAP dan akan perang habis-habisan dengan UMNO..

    So..kalau nk tau..senario di Kedah la ni..antara UMNO dan PAS semua karut belaka..dua2 tgh bermasalah dan dua2 tengah main politik perut selain dr MB la ni
    kalau Ust Azizan tak jadi MB lagi..Kedah memang akan parah sama ada di pihak UMNO atau PAS dan yang paling akan untuk ialah parti Cina DAP MCA dan Gerakan..akan sapu habih tanah-tanah di Kulim, SP, Alor Setar, Jitra sampai Ke Bukit Kayu Hitam..

    Rakyat Kedah la tkdak pilihan terbaik selepas MB la ni..hnya boleh berdoa moga yang terbaik akan timbui..jauhkanlah dari manusia seperti Mahfuz, Ahmad Bashah dan pelingkup besaq mahadzir Khalid!

  8. adli says:

    aku setuju sangat..pendapat2 warga kedah…

    UMNO perlu ketengahkan bakal pemimpin yang terbaik….

    UMNO Kedah perlu dirombak segerak bagi menangani pemasalahan di Kedah…

    Pengerusi Perhubungan Negeri dan barisan jawatankuasa nya perlu di tukar…

    Saya cadangkan Dato’ Seri Jamil Khir Baharom dan Dato’ Mukhris Mahathir di gandingkan dalam pengurusan perhubungan UMNO Kedah dalam memperkasakan semula UMNO Kedah dan mengembalikan keyakinan rakyat Kedah terhadap UMNO/BN…

    Pilihanraya kecil DUN Kota Seputeh….apa kata kita berikan peluang kepada Dato’ Seri Jamil Khir Baharom sebagai calon…

    Orang Kedah mahukan MB nya berpengetahuan agama dan berintegriti…

  9. serling says:

    Berita dari kedah
    Berbunyi gundah
    Azizan kena acah
    Ingin kuasa tadah

    Hikmah alih kuasa
    BN kepada PR pula
    Dengan Pas kepala
    Perangai buruk ada

    Ahli Pas tegar serupa
    Pas itu Islam disama
    Bijak ulamanya guna
    Ahli terkeliru dikuda

    Politik bukan mudah
    Jika benar beramanah
    Buat si otak bernanah
    Cara mudah memamah

  10. Shah says:

    UMNO tetap UMNO
    Pemimpin say NO
    Pengikut say NO (Negara Ok)
    Rakyat Kedah suka cakap NO
    Kereta Murano jadi murah No
    Kereta Terrano jadi terror No
    Hidup UMNO

Leave a Reply