Menu Utama

Benarkah Wan Azizah Anti Azmin Ali?

Sokongan Nurul Izzah kepada pencalonan Zaid Ibrahim sebagai Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan November ini disini – berlawanan dengan kehendak majoriti pimpinan PKR yang inginkan Azmin Ali memikul tanggungjawab tersebut, dilihat ramai pemerhati politik sebagai mewakili reaksi sama oleh Wan Azizah sebagai Presiden PKR.  Tanggapan ini ada asasnya kerana Azmin pernah dikaitkan dengan skandal-skandal yang mencemar imej dan maruah keluarga Anwar terutama Wan Azizah sebagai isteri dan sudah tentu Nurul Izzah sebagai anak.  Tidak perlu diulas lanjut, skandal yang lebih bersifat ‘peribadi’ ini kerana ia sudah sedia maklum oleh ramai pihak.  Bahkan ramai juga bekas pemimpin kuat PKR menyebutnya mengenainya secara langsung atau tidak.

Ungkapan ‘serigala’ yang digunakan Nurul Izzah bagi menggambarkan taat setia Azmin, juga adalah sebenarnya satu penghinaan secara tidak langsung kepada kredebiliti Azmin.  Nurul Izzah yang kebelakangan ini bijak menggunakan kata-kata (seperti peguam), memilih serigala walaupun dalam satira politik binatang yang biasa digunakan bagi menggambarkan kesetiaan membuat tuli ialah anjing, kerana semua pun tahu serigala dan anjing berada dalam keluarga haiwan yang sama.

Dengan ini, pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR ini sebenarnya memasuki era baru dengan perpecahan bukan sahaja dijangka berlaku dikalangan pemimpin dan ahli biasa PKR, malah juga berlaku di dalam keluarga Anwar sendiri, antara taat setia serta maruah isteri dan anak.

Dipihak kepimpinan politik, Azmin dilihat sebagai seorang setia yang bersama dengan Anwar dalam apa pun keadaan sama ada susah ataupun senang. Sikap ini memang mempunyai nilai yang mahal di dalam politik terutama di dalam parti yang berkiblatkan individu seperti PKR.  Anwar sendiri menunjukkan ‘nilai’ Azmin apabila melantik Azmin memegang jawatan-jawatan penting dalam PKR dan Kerajaan Negeri Selangor.  Maka itu tidak hairan kenapa para pemimpin PKR yang mempunyai kedudukkan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri berlumba-lumba untuk menyatakan sokongan terhadap Azmin sebagai Timbalan Presiden walaupun di saat Azmin belum lagi mengisytiharkan hasratnya untuk bertanding jawatan tersebut.

Selagi Anwar bernafas, tiada erti sebenar demokrasi dalam politik PKR.  Benar kata Zaid Ibrahim, jawatan Timbalan Presiden tidak penting kerana semua kuasa dimiliki oleh Anwar sebagai Ketua Umum, tidak juga Presiden PKR sendiri.  Tetapi yang tidak diambil pertimbangan oleh Zaid ialah, dengan 2 jawatan teratas dikuasai ‘keluarga’, pemegang jawatan Timbalan Presiden adalah orang yang akan memainkan peranan  politik sebenar untuk PKR.  Ia juga adalah cerminan kepada kelangsungan PKR jika ditakdirkan Anwar sampai ajal atau dimasukkan ke dalam Sungai Buloh atas pertuduhan liwat yang sedang dihadapi nya sekarang.

Pemilihan Azmin nanti bakal tidak disenangi oleh DAP yang merupakan sekutu kuat PKR iaitu pihak yang menjamin keutuhan kerajaan negeri Selangor dimana Khalid Gagap sebagai Menteri Besar dan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi.  DAP tahu Anwar hanya bermuka-muka dalam menyebelahi bukan melayu sedangkan hakikatnya dia adalah seorang ultra melayu tegar seperti yang dilihat dalam imej video disini dan disini, dan sudah tentu DAP tidak mahu anak didik Anwar sejak dari azali ini mewarisi kepimpinan PKR selepas ketiadaannya nanti.  Maka itu DAP lebih selesa dengan Zaid Ibrahim yang mewakili fraksi melayu liberal di dalam PKR.

Banyaknya campur tangan pihak-pihak berkepentingan dalam pemilihan PKR nanti bakal mencetus huru hara baru dalam senario politik negara.  Inilah akibatnya apabila cuba mencipta perpaduan palsu dengan penubuhan Pakatan yang tidak rasmi secara pendaftaran dan matlamat bersama.  DAP sudah mempunyai kekuatan sendiri di Pulau Pinang walaupun tanpa sokongan PKR, jauh lagi PAS, justeru mereka tidak berasa sangat jika Selangor terlepas ke tangan BN.  Yang bakal mendapat kerugian ialah PKR kerana apa yang dimilikinya sekarang ini ialah kerana penguasannya ke atas pentadbiran kerajaan Selangor dengan sokongan DAP.  Dengan Azmin dilihat bakal menjadi MB Selangor jika pembangkang berjaya mengekalkan kuasanya dalam pilihanraya umum akan datang, DAP sudah tentu tidak akan membiarkan kedudukkan Azmin terus kuat dengan jawatan Timbalan Presiden PKR pula.



(Next News) »



9 Komen to Benarkah Wan Azizah Anti Azmin Ali?

  1. Khahar Muzafar says:

    Semoga pemilihan jawatan-jawatan dalam PKR merupakan pucuk-pucuk yang akan bertunaskan nanah dan darah serta menghancurkan PKR Ya Rabillalamin

  2. tengkudin says:

    dah sampai guna anak soh sapot si si ZAID WISKI…lain macam je tu…..mesti laki bini berkonflik ni…laki sapot Azmin …bini sapot Zaid…gaduh dalam rumah ke ratu nangis jijah??? kekekek

  3. pakyeop says:

    TU SUMER WAYANG KOT..XMO AHLI PKR LARI KUAR PARTI..
    MANA TUMPAHNYA KUAH KAU TAK KE NASI…

  4. tengkujuh says:

    Sekarang ni kuah boleh tumpah ke roti canai pakyeop……roti banjir satu.

  5. HamPAS Nyoir says:

    Ucapan kepada ahlo-ahlo PKR slamat bergaduh dan bercakaran sesama mereka dlm permilihan parti mata dajal tu..dan kepada dungu-dungu PAS

  6. bong says:

    ITU WAYANG AJA… KAMU TAK KAN TAK TAHU PERANGAI MEKA ANAK BERANAK..PARTI KELUARGA RONGGAK ( PKR )………..1000 PERKATAAN 1 PUN X LEH PAKAI……………..DGR KATA KES LIWAT TANGGUH LAGI KENAPA?… TAKUT KENAQPA NAK TAKUT, ANAK BINI KATA AL JUB ADA BERSAMA MERAKA.. ADA RAKAMAN VIDEO DAN MASUK TV LAGI PENGAKUAN ITU…… LAWAN TETAP LAWAN MANA SELOGAN AL JUB TU……………

  7. MercurY says:

    BERSATU lah wahai MELAYU..
    Tiada lain lagi yang akan menjaga kedaulatan bumi bertuah ini melainkan Melayu..

  8. kecik kenot says:

    dalam PKR sendiri pun dah bertelingkah mcm mane nak meneraju negara..angan2 tinggi HAMPEH…..

  9. Sampan Tua says:

    Ahli PKR sekarang jadi Pak-Turut dan tak brani membantah apa jua keputusan dan kehendak DSAI. Kita tengok isu perlantikan Azmin-Zaid.. Kita tengok siapa yang kena~ hahahaha.. Team Anwar yg menang ker.. ataupun Team Azizah/Izzah yang menang hehehehe.. mari kita saksikan drama PKR ini 😛 Datin Seri Wan Azizah & YB Nurul Izzah begitu menentang pencalonan Azmin Ali ya? sesswaaatuuu sangatttt kan uols.. haha.

    DSAI, isterinya Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah, dan mungkin anak menantunya pula akan dibawa masuk untuk memegang jawatan tinggi dalam PKR! Sebab itu skarang samada DSAI ataupun pemimpin PR yg lain tidak lagi berani mengungkit isu nepotisme, kroni etc… Ini kerana apa tuduhan mereka sebelum ini terhadap BN sudah terkena batang hidung sendiri… isk isk isk.. DSAI = cakap tak serupa bikin!

Leave a Reply