Menu Utama

Benarkah “GAY” adalah hak asasi manusia?

Kita dikejutkan baru-baru ini tentang usaha seorang paderi, Ouyang Wen Fang, yang cuba menubuhkan sebuah gereja khas untuk golongan “gay” di Malaysia, sebuah negara Islam sekular. Walaupun paderi ini menafikan kewujudan gereja “gay” ini, diberitakan bahawa usaha ini diakui cuba ditubuhkan di negara ini sebagai “hak asasi” mereka sebagaimana gereja seumpama ini wujud di India dan Nepal.

Umum juga tahu bahawa Anwar Ibrahim, “bakal” Perdana Menteri ke-7 Malaysia sedang bergelut dengan tuduhan kedua tentang kegiatan sex luar tabi’i yang melibatkan perlakuan liwat. Liwat, sebagaimana kita tahu adalah pelakuan luar tabi’i yang sangat sinonim dengan kegiatan “gay”. Tidak hairanlah jika golongan “gay” di Malaysia begitu “sayang” dan memberi sokongan penuh kepada Anwar.

Diakui ramai, kegiatan “gay” ini sangat terpencil dan jarang-jarang sangat kita dengar berita mengenainya sebelum pendakwaan Anwar “Liwat I”. Namun, setelah disahkan oleh mahkamah bahawa Anwar “meliwat”, golongan ini semakin ramai dan semakin berani menonjolkan diri. Anwar dan golongan ini disokong hebat oleh persatuan-persatuan “gay” diluar negara seperti Persatuan ProGay. Dengan alasan “hak asasi manusia”, golongan ini begitu vokal membela Anwar. Malah Anwar tanpa rasa bersalah dilaporkan pernah meminta agar “privasi kegiatan gay” ini diberikan kepada golongan “songsang” ini – International Herald Tribune, 11 November 2004. Melalui artikel ini, Anwar cuba meminta agar undang-undang di Malaysia ini mengiktiraf “hak asasi dan privasi gay” di Malaysia.

Namun, benarkah “Gay” merupakan amalan “hak asasi manusia”? Cuba fikirkan kembali. Cuba ingatkan kembali kepada “fitrah kejadian manusia”. Cuba renungkan kembali, mengapa Allah S.W.T mencipta dua gender di dunia. Mengapa dicipta lelaki dan perempuan. Menurut sumber dalil naqli, lelaki dan perempuan dicipta oleh Allah Azza wa Jalla sebagai pasangan, sebagaimana Hawa dicipta untuk Adam AlaihisSalam. Itulah fitrah manusia yang sebenar. Perkara ini diakui oleh seluruh agama “samawi” di dunia, termasuklah Islam dan Kristian. Justeru itu, apakah kegiatan “gay” ini sangat tepat untuk disifatkan sebagai “hak asasi manusia”?

Selama ini, ramai umat Islam yang terpengaruh dengan menyifatkan kegiatan “gay” ini sebagai “hak asasi manusia”. Persoalannya, apakah amalan yang menyalahi fitrah kejadian manusia ini boleh diiktiraf sebagai “hak asasi manusia” sebagaiamana yang diperjuangkan oleh Anwar dan golongan “gay” ini?

Kita melihat Anwar sebagai seorang politikus yang berpengaruh di dalam kem pembangkang. Anwar telah dipersetujui oleh PKR, DAP dan PAS untuk dinobatkan sebagai “Perdana Menteri Malaysia ke-7” dalam usaha mereka ke Putrajaya. Apakah umat Islam bersetuju dengan Anwar sebagai Perdana Menteri walaupun Anwar ini diketahui umum sebagai salah seorang pejuang “gelap” golongan “gay” ini?

Setelah pihak Pakatan Rakyat berjaya menjajah banyak kerusi Dewan Rakyat dan DUN pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu, golongan ini semakin berani menonjolkan diri dan melakukan kegiatan mereka secara terang-terangan. Dilaporkan bahawa dipercayai di Bukit Bintang (kawasan DAP) sahaja, kawasan segitiga emas Lembah Klang itu mempunyai 2 pusat hiburan yang menjadi tumpuan golongan “gay” ini. Selain itu, majalah mastika dan tabliod-tabliod tempatan sering menyiarkan kegiatan luar tabi’i ini yang semakin berleluasa di taman-taman dan tasik-tasik  di sekitar Selangor.

Dengan wujudnya usaha menubuhkan gereja “gay” di Malaysia baru-baru ini, maka kumpulan “gay” di Malaysia seolah-olah mendapat “suntikan semangat” untuk kegiatan tidak bermoral mereka. Kejayaan moral golongan ini seolah-olah mendapat restu apabila Anwar hanya membisu terhadap isu ini. Mungkin “diam”nya Anwar tentang isu ini menunjukkan Anwar bersetuju dengan perkara yang memudaratkan budaya ketimuran di negara ini. Apakah ini pendirian “bakal” seorang Perdana Menteri yang akan mempertahankan Islam, bangsa Melayu dan Tanah Melayu ini?

Persoalan ini harus dijawab oleh Anwar, “apakah kegiatan gay ini merupakan salah satu hak asasi manusia yang patut dipertahankan dan diperkenalkan di Malaysia”? Apakah Anwar sanggup menolak fitrah kejadian manusia yang dicipta oleh Allah S.W.T ini? Apakah penyokong-penyokong tegar Anwar sangat bersetuju dengan pendirian Anwar yang menyokong kegiatan “gay” ini. Mungkin Anwar bersetuju kerana dia dibuktikan meliwat oleh mahkamah. Namun, apakah penyokong Pakatan Rakyat yang berkopiah dan berlebai serta mengakui “lebih Islam” ini akan terus menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri dan Ketua Negara mereka? Tepuk dada, tanyalah Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Wallahu’alam.






9 Komen to Benarkah “GAY” adalah hak asasi manusia?

  1. Mohd_Aimel says:

    Mungkin nanti Malaysia pun akan jadi macam negara Sodom kalaulah aktiviti homoseksual dihalalkan di sebuah negara Islam ini.

    Negara Islam ni akan berubah menjadi negara homoseksual.

  2. Adamyan says:

    kalau pun gereja gay ini dah wujud, ia adalah disebabkan oleh restu anwar sebagai peliwat tua no 1 sejak awal-awal dulu sampai sekarang.

  3. randomsee says:

    dimasa akan datang, sekiranya menyebut dan menulis perkataan gay dengan niat menghina, mencemuh akan dianggap satu pencelaan terhadap hak asasi manusia…hehehehehee…

  4. rentaka says:

    Jika anwar dan puak gay saja yg kena bala takpe lah..tapi masalahnya kalau ditimpa bala dgn kita2 semua yg merana..memang penyokong nuar & gay ni jenis bodoh lg tak beriman

  5. apa sahaja fakta yg korang buktikan,…nik aziz dah berulang kali dah kata anwar difitnah….maka b.ahlul pas akan kata gereja gay ni sume konspirasi umno….benarlah ALLAH dah butakan hati diorang sampai aku kena marah sbb maki nik aziz oleh abu@pas………

    mulia sgt ke nik aziz sdgkan nabi muhammad saw penghulu segala manusia dicaci..dikeji…diludah…dibaling dengan menda busuk di taif…tapi baginda ttp tersenyum dan melarang jibril terbalikkan taif……malah berdoa pula pada ALLAH supaya diberi petunjuk kepada penduduk taif….ni yg mengaku pewaris nabi pulak kalau dimaki dia kata celako celako celako…

    anak haram punya nik aziz buat malu ulama jer….

  6. paddy says:

    Salam,

    1)Apa beza yg jelas bagi manusia dan haiwan?

    2)Manusia dikurniakan Akal dan haiwan tidak.Jadi kalau manusia tidak menggunakan Akal maka……

    3)Apabila kita berdepan dengan pengkhianat bangsa,agama&tanah air yang bersekutu dgn Yahudi,maka kita yakin bahawa pertolongan Allah itu dipihak kita.Yakinlah dan teruslah berjuang kerana Allah s.w.t.

    -paddy-

    • Gen2FeldaJohor says:

      walaupun haiwan tu tak ada akal,,tapi bila depa nak main, depa carik betina bukan jantan..itu hukum alam…tapi manusia duk carik lubang kunyit tu aku sampai sekarang tak dapat carik sebabnya….kalo semua benda adalah hak asasi..maka bila aku langgar trapit ligh merah pun aku kira hak asasi pasal tak ade orang boleh stop keta aku..

  7. AnakKedah says:

    bala paling besar ketika ini ialah..kepala segala najis.. Nik Ajis..
    pendusta agama yang menyebabkan celaru habih pemikiran2 pentaksub2 PAS yg bodo2 malas mengaji agama nih..
    bg depa mengaji ni tkpenting..yg penting ceramah..ceramah..ceramah.. syaitan duk bertenggek atas kepala depa!!

    • Gen2FeldaJohor says:

      sapa saja pandai dan ada bakat caci umno, maka depa pakat gelar ulama…semua kata dan makian ulama mereka disertakan dengan kalimah suci Allah huakbar walaupun dari mat sabu,mahdpodz,husam dll…..lge yg.tak sunat dan kufur kepada Allah pun mereka angkat sebagai ‘khalifah’…nauzubillah..

Leave a Reply