Menu Utama

Banglo Exco Kerajaan Selangor: Pakatan Rakyat Munafik!

Penulis masih ingat ketika kempen Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu, Dato’ Seri Dr. Khir sebagai Menteri Besar Selangor dihentam oleh pihak pembangkang dan dari “dalam” sekaligus. Di antara isu yang panas yang dibangkitkan oleh Dato’ Dr. Hasan Ali ketika itu ialah isu banglo-banglo eksklusif di Seksyen 7, Shah Alam, yang dibina oleh Kerajaan Negeri pimpinan Dr. Khir sebagai rumah quarters untuk para exco Kerajaan Negeri Selangor.

Hasan Ali ketika itu menentang keras tentang pembinaan quarters exco tersebut dengan alasan pembaziran wang rakyat. Dan ketika itu jugalah Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor ini berjanji dihadapan rakyat yang “terlopong” mendengar ceramah politik pakar motivasi ini. Hasan Ali ketika itu dengan perasaan yakin dan berjanji seraya berkata…

“Bila kita menang SAHAJA di Selangor ni, kita akan jual rumah-rumah itu dan duitnya kita gunakan untuk manfaat orang Selangor. Atau, kalau tidak jual, kita jadikannya rumah kebajikan!”, begitulah kata “Boss Besar” PAS Selangor.

Dengan bermodalkan isu-isu seperti inilah maka Pakatan Rakyat berjaya meraih undi dari para pengundi. Kononnya, Pakatan Rakyat pandai menguruskan wang rakyat. Isu banglo exco Kerajaan Negeri Selangor ini berjaya dimanipulasi oleh Pakatan Rakyat dihadapan rakyat kerana mereka tidak menjelaskan rasional pembinaan banglo untuk exco-exco tersebut.

Sebenarnya, banglo-banglo tersebut bukanlah merupakan banglo mewah. Ianya hanya merupakan kawasan perumahan biasa untuk menghimpunkan exco-exco di dalam satu kawasan. Dengan itu, adalah mudah untuk rakyat bagi menemui exco-exco tersebut secara berdepan, secara langsung atau tidak langsung. Perlu diingatkan, kita sering mendapat rungutan ramai tentang kepayahan menemui exco-exco di pejabat mereka, nak pergi ke rumah, tak tahu pula alamatnya. Itu hanya baru satu motif pembinaan banglo exco-exco tersebut.

Kenapa banglo dan tidak rumah “low cost” saja dibina? Mudah. Apabila kita mahu memaksa seseorang untuk pindah dari rumahnya, maka kita hendaklah memberikan rumah yang lebih kurang sama hebatnya dengan rumah yang didiami mereka. Jika Pak Ali di Tanjung To’kong diminta pindah dari rumahnya dan diberikan sebuah pondok usang sebagai ganti, apakah kita fikir Pak Ali akan bersetuju dan gembira dengan tawaran itu? Sudahlah diberikan pondok usang, disuruh pula bekerja dipondok buruk itu siang dan malam, Pak Ali sukakah begitu?

Kini. Setelah Pakatan Rakyat menang di Selangor, apakah yang telah terjadi kepada rumah-rumah banglo tersebut?

Semua ADUN PKR di Selangor sebulat suara untuk menjual banglo-banglo tersebut.

Namun, pada 13 Julai 2009, Dewan Undangan Negeri Selangor “tidak pun membuat penilaian terhadap banglo-banglo tersebut kerana TIDAK ADA NIAT UNTUK MENJUALNYA. Pada mulanya Kerajaan Negeri hendak menyewakan banglo-banglo ini untuk sewaan jangkapanjang. Mungkin publisiti buruk yang menyelubungi banglo-banglo ini yang menyebabkan kita susah untuk mendapatkan penyewa. Mungkin kepada masyarakat Cina, “feng shui”nya kurang baik dan tidak mahu tinggal di sana”. Begitulah jawapan dari DUN Selangor mengenai status banglo tersebut.

Yang pertamanya, Pakatan Rakyat terutamanya Hasan Ali  telah dengan sengaja dan jelas memungkiri janji mereka terhadap rakyat yang pernah dibuat ketika berkempen di padang Seksyen 7 pada PRU-12 yang lalu. Menurut Islam dan hadith Rasulullah S.A.W, di antara tanda-tanda orang munafik itu ialah “apabila dia berkata, maka dia berdusta” dan “apabila dia berjanji, dia mungkiri”, dan “apabila dia diberikan amanah, maka dia khianat”. Berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W ini, maka bolehlah kita mengambil kesimpulan bahawa SELURUH ADUN-ADUN PAKATAN RAKYAT YANG BERAGAMA ISLAM DI NEGERI SELANGOR adalah MUNAFIK, dan ADUN-ADUN YANG LAIN YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM pula ialah KAFIR HARBI yang suka mencetus provokasi dan  mencabar kesucian Islam di Selangor!

Pada saya, Pakatan Rakyat mempunyai beberapa sebab sebenar untuk tidak menjual banglo-banglo mewah tersebut. Di antaranya ialah kerana “harga”. Ketika berkempen pilihanraya dahulu, Teng Chang Kim mendakwa bahawa segala kos pembinaan banglo itu ialah RM40 juta, manakala Dr. Khir menafikan dakwaan itu dan  memberitahu bahawa kos sebenar banglo-banglo tersebut hanyalah  RM21 juta sahaja. Jadi disini ada percanggahan. Dr. Khir bercakap ketika itu menggunakan fakta dan invois, manakala Chang Kim pula hanya mengikut perkiraan stimulasi sahaja. Jadi,  cakap siapa yang boleh dipakai? Oleh itu, jika mereka menjual banglo itu dibawah harga RM40 juta, apa pula penjelasan yang nak diberikan kepada rakyat? Tapi, siapa pula nak beli banglo-banglo yang berharga RM21 juta pada harga Rm40 juta? Ada lebihan RM19 juta, banyak tu..!

Hairan juga. Kenapalah banglo-banglo itu tidak dijual dan Kerajaan Negeri gagal menyewakan banglo-banglo itu kepada sesiapa pun. Sudahlah begitu, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ini menyalahkan pula pada “Feng Shui” pada banglo-banglo tersebut! Tak cukup dengan itu, BN pula dipersalahkan dan pembinaan banglo-banglo tersebut dilabelkan sebagai “pembaziran Barisan Nasional”?

Disitulah kita boleh lihat kebodohan seluruh ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Selangor. Siapa yang mampu sewa rumah-rumah banglo di Seksyen 7? Budak UiTM dan budak Unisel? Sudah pasti harga sewaanya sangat tinggi dan terpaksa pula membiayai kos penyelenggaraan yang tinggi! Jika ada individu yang berduit pun, buat apa dia nak menyewa banglo tersebut, sedangkan lebih menguntungkan jika dia membeli rumah banglo lain yang lebih murah harganya! Motif pembinaan rumah-rumah banglo tersebut adalah sebagai kemudahan kepada exco-exco untuk memberikan khidmat secara terus kepada masyarakat. Bukannya untuk dijual mahupun disewa. Justeru itu, oleh kerana Kerajaan pimpinan Khalid gagal untuk mengenal pasti tujuan atau motif pembinaan “premis khidmat masyarakat” itu, maka terpaksalah Khalid dan Kerajaan Negeri Selangor menghabiskan wang dengan sia-sia.

Mudah dan lebih tepat kita boleh mengatakan “KHALID IBRAHIM DAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DI SELANGOR MEMANG BODOH!”.






8 Komen to Banglo Exco Kerajaan Selangor: Pakatan Rakyat Munafik!

  1. makin hari makin muak aku dgn perangai PR selangor ni lah…..cepat lah tukar wei….kesian aku tgk bdk2 s’gor nih kena tipu hidup2..

  2. padanlaaa says:

    bodolah sapa yang dok percaya kata-kata Pemimpim-Pemimpim Haprak ….
    jom ketawa hahahahahahhahahahahjashgahsgjaghsagsjagjhdghjjkdka

  3. baba says:

    dah nama munafik, mana boleh percaya apa yang mereka cakap.nama saja islam tapi hanya islam yang tak beriman kepada Allah.

  4. Mohd_Aimel says:

    PR ni bukan nak berbakti pada rakyat, setakat nak kayakan diri dan beri projek pada kroni. Janji pada rakyat macam-macam.

    Tapi nasib badanlah sapa undi mereka. Indah khabar dari rupa.

  5. MenantuOrgFelda says:

    bukan satu dua benda yang ditipu pakatan pembangkang di selangor ni, banyak benda..toksah cakap banyak, semua orang selangor pun tahu..

  6. PASDAPLaknat says:

    Weihh tukar lah cepat2..Pakatan Haram ni..aku bnci giler nih..

    Klu blh esok jg aku nk tukar..parti hamPASSSS ni punca umat Islam hilang kekuatan..

  7. bong says:

    PNUNAH SIHAT DIA TPM AL JUBURI@IMF…GAJI RM1 JADI DAPAT NILAI GAJI TERSEBUT.. AKU PETIK KATA2 TUN M.. KITA SAYANGI.. BUKA TUN DOLAH YANG KITA BENCIIIII@SAMDOL

  8. Gen2FeldaJohor says:

    antara janji utama hasan ali kat kat melayu selangor adalah menghapuskan kilang calsberg di shah alam….ade sumber memberitahu aku kilang itu hendak diperbesarkan? ade sapa2 boleh dapatkan sumber sahih?

Leave a Reply