Menu Utama

Aset-aset PKNS dijual – “Skim Khalid Cepat Kaya”!

“Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, 1964 (Sel. Enact.No.4 of 1964) sebagai badan berkanun dan agensi pembangunan peringkat negeri bertujuan untuk mengisi kemerdekaan menerusi pengagihan dan penggalakan pertumbuhan sosio-ekonomi ke seluruh negeri Selangor berpandukan dasar-dasar kerajaan dalam mewujudkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial bagi mencapai wawasan negara. Harapan ini dilaksanakan menerusi pembangunan hartanah, pembangunan perdagangan, pembangunan perindustrian dan pelaburan”.

Di atas, diberikan sedikit sebanyak fakta tentang perihal penubuhan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor atau PKNS. Perbadanan ini adalah termasuk salah satu cabang DEB untuk membantu sosio-ekonomi bumiputera yang ditubuhkan hampir di setiap negeri. Kemajuan dan keberkesanan yang dialami oleh PKNS sebelum ini telah menjadi pencetus semangat kepada banyak Perbadanan seumpamanya. Namun, PKNS yang diasaskan oleh Allahyarham Dato’ Harun pada 1964 ini telah layu dan kehilangan asetnya yang berharga RM1.8 billion oleh tangan-tangan rakus yang tidak tahu menguruskan kepentingan Kerajaan Negeri Selangor.

Dilaporkan bahawa semalam, PKNS telah menjual aset-aset strategiknya yang berharga RM1.8 billion oleh pengurusannya. Aset-aset tersebut termasuklah Kompleks PKNS dan Shah Alam Convention Centre (SACC) di Shah Alam,  bangunan PKNS di Petaling Jaya dan beberapa projek perumahan. Aset-aset ini dikhabarkan telah dijual kepada Amanahraya Berhad.

Kenapakah aset-aset ini dijual? Apakah PKNS tidak mampu lagi menguruskan aset-aset ini? Apakah aset-aset ini tidak lagi dapat menjana pendapatan untuk PKNS? Atau pentadbiran PKNS tidak tahu menguruskan aset-asetnya ini dengan bijak? Atau PKNS sudah kehabisan wang untuk beroperasi sehingga terpaksa menjual aset-aset strategik dan berharga itu?

Penulis tidak menafikan hak PKNS untuk menjual aset-asetnya. Tapi untuk apa pula aset-aset itu dijual? Apakah Kerajaan Negeri sudah kehabisan wang dan memerlukan suntikan dana RM1.8 billion untuk menampung operasinya? Apakah setelah Khalid Ibrahim gagal mendapatkan wang dari Pejabat Zakat Selangor, maka PKNS menjadi mangsa sebagai sumber untuknya “merompak” wang rakyat Negeri Selangor? Nampaknya rakyat Negeri Selangor terpaksa membayar dengan harga yang tinggi untuk mendapat khidmat Khalid dan konco-konconya untuk mentadbir Selangor!

Kompleks PKNS sebagai contoh adalah sebuah kompleks membeli belah yang majoritinya disewa oleh bumiputera. Apakah dengan penjualan kompleks itu, PKNS boleh menjamin hak-hak dan kebajikan peniaga bumiputera itu terpelihara? Bolehkah PKNS menjamin bahawa Amanahraya tidak akan menaikkan kadar sewa premis perniagaan di kompleks tersebut? Mujurlah dijual kepada Amanahraya yang juga salah satu agensi Kerajaan Pusat. Jika dijual kepada syarikat bukan bumiputera, kita sendiri tahu apa yang akan terjadi kepada nasib peniaga bumiputera di situ. Pasti cekik darah!

Apa lagi yang tinggal pada PKNS? Apa lagi asetnya yang ada? Apakah saki baki aset PKNS itu juga akan dijual oleh “syarikat” Khalid dan rakan-rakan? Saya percaya, jika boleh, Masjid Shah Alam itu pun Khalid nak jual. Kalau boleh, Stadium Shah Alam itu pun Khalid nak jual. Jika boleh, satu Selangor dia nak jual! Asalkan dapat memenuhi kocek Pakatan Rakyat, apa-apa pun dia sanggup jual. Khabarnya Khalid dan konco-konconya di Selangor sedang mengumpul dana untuk digunakan oleh Pakatan Rakyat Selangor pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Mungkin RM1.8 billion itu akan dapat membantu Khalid dan “geng”nya mengekalkan Selangor untuk sepenggal lagi. Setelah Selangor “botak licin” disebatnya, maka barulah Khalid akan melepaskan Selangor untuk dibina semula oleh BN. Memang “bagus” benar Menteri Besar kepada rakyat Selangor ini. “Bagus”? “Bagus” kepala hotak dia!






10 Komen to Aset-aset PKNS dijual – “Skim Khalid Cepat Kaya”!

  1. Adamyan says:

    ini lanjtan daripada urus niaga round tripping tempoh hari agaknya ya? Abis tergadai aset kerajaan negeri dek kerakusan Khalid Gagap

    • madirPencen says:

      Mana Rujukannya bro…
      kami nak rujuk..
      setakat fitnah cam gini….
      sape pun boleh..
      haprak punye UMNO

      • duk PKNS says:

        Tak perlu rujukan tuan, satu PKNS dah tahu, yang selalu datang PKNS pun tahu. sekarang Ibupejabat PKNS di PJ pun menyewa dengan owner baru beb.
        kalau nak detail datang PKNS HQ kat PJ atau pun tanya sendiri dengan Azmin dia kan salah sorang BOD dlm PKNS

  2. MHI says:

    nak gali pasir, dah kantoi, try yg ni pulak..

  3. MHI says:

    PKNS sebelum ni dah menjalankan kerjanya dengan baik membangunkan Bandar Baru Bangi dn Shah Alam sehingga boleh digelar kawasan elit Melayu terutama di bawah pentadbiran Khir Toyo.. tak perlu pun guna kaedah pusingan modal yg macamni.. siapa yg terlibat dlm PKNS perlu terus jadi mata dan telinga orang Melayu kemana wang2 hasil jualan ini akan digunakan.. adakah projek selanjutnya juga turut memberi impak secara langsung pd kemajuan orang Melayu Selangor, seiring dngn tujuan penubuhannya..

  4. shayzet says:

    Yes…betul tu MHI…..bandaraya shah alam dan bandar baru bangi adalah contoh terbaik pembangunannya oleh PKNS. Taoi biasa la kalau dah nampak hasil tu ada je keparat2 yang nak rampok hasil. Habis harta milik orang melayu. Pastu bila dah takde duit, jual lagi apa yang ada…Macam ni ke memerintah ? Cari la hasil sendiri melalui pelaburan luar negeri ke.. bawa masuk pelabur luar….dulu gah dengan kononnya banyak pelabur dari luar datang melabur….sekarang …emmm HAPRAK…cakap sebelum memerintah memang senang tapi bila dah memerintah baru kau tahu….baik buat bisnes jamban je boleh jugak haprak2 ni melabur…tak la tersumbat benda yang kotor tu dalam badan buat jijik je…..

  5. […] saham-saham dah bangunan milik PKNS berjumlah RM1.8 billion, sumber.  kompleks PKNS, dan shah alam convention centre […]

  6. […] DAP mungkin tertekan dengan pendedahan demi pendedahan dan pembongkaran salahgunakuasa DAP. seperti kes ADUN DAP seri kembangan. perobohan lot-lot kedai di penang. projek negara kafir DAP. kes terbaru mangsa kerakusan PKR selangor di kg sg kerandang, sumber dan tindakan tak btnggjwb PKR jual aset hakmilik pkns bernilai RM 1.8 bilion sumber […]

  7. sierra says:

    jangan nk menipu la…..
    anda semua ckp tidak berdasarkan fakta…dan sbnrny anda x tahu menahu pn adp yg terjadi pd PKNS…yg dok jual tapak pejabat PKNS kat pj tu Khit Toyo….bkn Khalid Ibrahim…Khalid ibrahim pn x jual SACC MALL dan Kompleks PKNS…die cume suntik ke dalam Amanah Raya REET…dan ASET2 tersebut tetap milik PKNS…jgn la anda nk crita mcm2 klu dri pokok pangkalny anda x tau cerita…..
    jgn nk menjatuhkn kerajaan Selangor skrg yg makin maju dan terus maju..Khalid Ibraham x mkn duit PKNS…die sndri da cukup kaye dah…bonus PKNS yg sepatutnye die dapat pn die x amik…siap pulangkn pada PKNS….pk2 la snri

Leave a Reply