Menu Utama

June, 2002

 

Amuk di rumah Wan Azizah???

Amuk di rumah Wan Azizah: Walau dimaki dan dicemuh ‘anjing’ Polis tetap komited laksana tugas dengan cemerlang


Kelab Umno dakwa Hizbi-Pas sengaja mahu tutup kelemahan

KUALA LUMPUR, Rabu: Kenyataan pemimpin kanan Al-Hizbul Islami United Kingdom dan Eire (Hizbi-Pas) yang mendakwa Umno menyekat pelajar Malaysia menghadiri sebarang aktiviti dan majlis agama di Britain, bertujuan mahu menutup kelemahan sendiri. Pengerusi Kelab Umno United Kingdom dan Eire, Kamarul Rashdan Salleh berkata, pemimpin pelapis Pas itu mahu mengalihkan tumpuan penyokong parti pembangkang di negara ini mengenai kelesuan gerakan itu di United Kingdom. “Hakikatnya, gerakan Hizbi-Pas hari ini lesu bagaikan tidak relevan lagi berikutan kurangnya minat dan sambutan pelajar dan masyarakat Malaysia di Britain sama ada menyertai wadah atau programBaca Lagi


FADHIL NOOR MASUK ICU – LETIH MENGHADIRI MUKTAMAR PAS SELAMA TIGA HARI

TepakBersulam menulis…. Fadhil Noor kini dilaporkan kini mendapat rawatan rapi setelah menjalankan pembedahan di Hospital Universiti. Petikan dari Malayisa kini. ” His heart’s condition is believed to have been aggravated due to work stress during the three-day party general assembly in Kota Bharu, last week, where he attended all the sessions” Ermmmmm………. Terlebih dahulu Tepak merasa simpati kerana Fadhil Noor berada di dalam keadaan yang tidak sihat, sedih juga. Maklumlah kita sesama Islam. Tetapi…… Tak kan baru tiga hari dah jadi macam ini. Bagaimana nanti jika Kedah di tawan olehBaca Lagi


Hudud: Jangan sampai masuk perangkap Pas

Oleh ASTORA JABAT DALAM membincangkan isu hukum hudud yang dicadangkan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, jika tidak berhati-hati mengambil tindakan menentang hukum hudud itu ia boleh disalah faham dan dipandang sebagai menentang hukum Allah. Pada waktu yang sama, tindakan itu juga jika tidak dilakukan dengan bijaksana selain memakan diri, ia juga dianggap propaganda percuma kepada Abdul Hadi atau Pas. Memang terdapat banyak kelemahan dan kepincangan dalam Draf Cadangan Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu itu, tetapi pelbagai pihak yang menyuarakan pendirian menentang rang undang-undangBaca Lagi


Liong Sik Cakap Biar Berlapik

Oleh: www.pemudaumno.org.my Johor Bahru — Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Ling Liong Sik menolak cadangan supaya institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) menyediakan kouta 10 peratus kepada bumiputera sebagai angkuh. Menurutnya, Pemuda beranggapan kenyataan Liong Sik itu tidak memperlihatkan kepekaan terhadap usaha mengurangkan jurang perbezaan pelajar bumiputera dan bukan bumiputera di IPTS. “Kenyataan Presiden MCA yang menolak cadangan kouta 10 peratus kepada bumiputera di IPTS merupakan satu kenyataan yang tidak prihatin dan bongkak. Isu pendidikan terlalu dekat dengan orang Melayu.Baca Lagi